CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Apr 30, 2011

UncleB's Post : Aku, Soalan 3 dan Soalan 4...

guwa sedih..

petang tadi lepas guwa gi mengadap cik final exam, soalan dia sikit punya PhD  dia punya susah even guwa ni baru amek degree(PhD ada final exam ke?)

guwa sangat sedih..

lepas abes menjawab soalan sedemikian, guwa gagahkan diri untuk menghantar kertas jawapan separa jawab. Alhamdulillah, walaupun dua soalan essay tu sangat merumitkan kepala, guwa tetap juga berjaya menjawabnya.. Terus ke toilet untuk membuang apa yang patut. seraya terserempak dengan member yang baru sahaja mencilok toyol di premis syaitan tersebut.

"Susah doe soalan exam tadi.."keluh guwa..

"Gila punya susah nak-nak soalan nombor 3 tuh? .."

"Memang semua soalan la suss... Eh, soalan no3?"Guwa gabra.. sejak bila wujud soalan no3 dalam kertas soalan tadi?

"Ko tak jawab ke soalan no3 pasal Empayar Rome tuh?"

"Er.. er.. jawab.. aku jawab semua tiga soalan tu.."guwa cover line even hati dah cukup remuk..

"3 soalan? kan ada 4 soalan semua yang perlu kita jawab.."

"Erk!!!!"wadafak!!!??

Guwa takdak mood dah nak hapdet blog dalam sehari dua ni, emosi terganggu... maaf kawan2.. :(

Guwa sekarang..(lakaran oleh Zorro)

p/s : guwa harap lecturer guwa dapat baca entry ni... kasihanilah guwa~~

Apr 27, 2011

Zorro's Post : Hakim tidak bertauliah


“The most difficult thing to write an essay is the 1st word”. Yes, ya dan setuju. Bagi aku, aku setuju dengan ayat tersebut memandangkan aku perlu memikirkan selama lebih setengah jam untuk memikirkan perkataan pertama bagi nukilan ini. Namun, setelah ayat pertama habis ditaip, lazimnya kita akan berterusan menaip, menulis perkara selanjutnye dengan berterusan tanpa tergagap-gagap. 



Mengapa aku menulis ayat pertama dalam bahasa asing ataupun inggeris? Ini disebabkan apabila kita membaca sesuatu pepatah, kita akan lebih mengagumi dengan pepatah yang disebutkan oleh tokoh-tokoh luar negara. Mengapa? Ok. Cuba lihat kembali pepatah tersebut di dalam bahasa ibunda. “Benda yang paling susah untuk menulis sesebuah karangan adalah perkataan pertama”. Apa pandangan anda? Mungkin masing-masing berbeza, namun bagi aku ianya agak biasa. Mengapa? Bagi hal ini, aku serahkan kepada yang lebih pakar untuk tentukan.



Ok. Aku di sini cuba untuk menggunakan bahasa baku ataupun bahasa melayu tinggi seperti yang diperlukan untuk menulis karangan ketika menjawab peperiksaan SPM di dalam subjek bahasa melayu. Mungkin bahasa ini lebih difahami ataupun senang dibaca, aku pun tidak mengetahui. Aku cuma mahu mencuba keupayaan aku dalam  menulis karangan berbahasa melayu tinggi.



Memandangkan tajuk yang telah di taip adalah Hakim Tidak Bertauliah (HTB), maka aku akan bercerita tentang apa, siapa, bagaimana, mengapa dan di mana yang disebut tentang HTB ini.



HAKTIAH stands for HAKim TIdak bertauliAH. Ok, aku dengan ini memandai-mandai mereka sebuah singkatan untuk golongan ini. Ini tidak mengapa kerana ianya menyenangkan aku untuk menaip dan juga memudahkan pembaca untuk membaca membuatkan kita di dalam menang-menang situasi (win-win situation).


Aku sebenarnya belum memulakan pendahuluan untuk karangan ini yang berkisar tentang HAKTIAH. HAKTIAH merupakan manusia yang termasuk dia, mereka, kami, kita dan juga kamu,kau, engkau, ekau, mu. Ya,kamu. Kamu yang sedang membaca penulisan ini. Namun jika kamu adalah hakim di salah sebuah mahkamah di negara ini, maka kamu terkecuali. Tetapi yang lain, aku tekankan kembali, kamu juga termasuk dalam golongan HAKTIAH ini.




Ini terjadi apabila kita menilai seseorang mengikut pemahaman pikiran fikiran kita sendiri. Menilai dengan menggunakan pengalaman yang pernah kita lalui ataupun dengan fikiran kontemporari manusia pada hari ini. sebagai contoh:
Apabila kita terlihat seorang lelaki dan seorang wanita sedang berjalan di taman bunga. Apa penilaian kamu? Lazimnya orang akan berfikir bahawa mereka merupakan pasangan kekasih. Tidakkah kamu terfikir mungkin mereka berjiran sesame sendiri? Ataupun terjalan bersebelahan? Mungkin tidak, disebabkan tiada sesiapa akan memikirkan dengan lebih mendalam kerana tidak ada sebab untuk kamu mengetahui dengan lebih lanjut, malahan tidak memasuki skop kehidupan kamu.


Bagaimana pula jika kamu terlihat seorang wanita menangis bersebelahan seorang lelaki? Menjadi kebiasaan untuk kita memikirkan bahawa mereka bergaduh sehingga lelaki itu menjadi punca wanita itu menangis. Malahan tidak keterlaluan jika kita memikirkan bahawa lelaki itu seorang yang dayus, memasang wanita lain, mencipta alasan untuk memutuskan hubungan dengan wanita itu ataupun lelaki itu tertangkap terlanjur dengan wanita lain sehingga menyebabkan wanita itu menangis. Bagaimana jika lelaki itu sedang berusaha untuk memujuk wanita tersebut disebabkan wanita itu bergaduh sesame teman lelakinya yang bukanlah lelaki bersebelahannya? Masih tidak memasuki skop kehidupan kamu?



Ok. Bagaimana jika ketika kamu sedang memandu kereta, kamu dipotong oleh seorang lelaki yang memandu motosikal dengan lagak berbahaya. Selalunya mulut akan beraksi paling pantas dan cemerlang ketika ini. “haiwan haram! Kemaluan wanita! Tidak cerdik! Punye budak..” ayat atau perkataan ini selalunya terpacul keluar dari mulut menggambarkan kemarahan kamu terhadap penunggang motosikal tersebut. Walhal, terdapat juga kemungkinan bahawa penunggang motosikal tersebut sedang mengejar masa mendapatkan ibunya yang sedang terlantar menunggu masa melahirkan zuriatnya.


Bagaimana pula di situasi yang sama, Cuma yang berbezanya adalah penunggang tersebut merupakan seorang lelaki berumur memakai serban dan berbaju melayu berkain pelikat. Bagaimana reaksi kamu di saat ini? Paling ganas pun, lazimnya orang biasa akan menyebut, “eh pak cik ni, eh orang tua ni,da xsabar nak meninggal ker?”. Ini disebabkan mungkin kita beranggapan bahawa pak cik tersebut sedang mengejar waktu untuk menunaikan solat, walhal ketika itu sudah menunjukkan jam 2200. Dan mungkin juga pak cik tersebut mengejar masa untuk menonton rancangan gusti di kedai kopi berdekatan.  


Apa yang hendak diceritakan oleh aku di dalam tulisan aku ini adalah kebanyakan manusia pada hari ini menilai sesuatu dengan kehendaknya sendiri. Baik ataupun buruk penilaian tersebut, bergantung kepada akhlak insan tersebut. Baik akhlaknya, baiklah sangkaannya. Bagaimana dengan kamu?


Tepuk dada,
Tanyalah selera,
Mahu makan apa,
Terpulang pada yang ada.


p/s:“Judge a person by their questions, rather than their answers”


Kenal Susan Boyle? So, kamu akan tahu pengertian don't judge a book by its cover jika kamu tonton ini...




UncleB's Entry : Guwa, Carry Mark dan Final Sem

Hari ke 4 guwa lalui musim final exam di 26 Melayu.. 3 paper yang sudah lepas mampu buat guwa dah takdak mood nak study untuk persediaan paper yang seterusnya.. Emosi guwa sedikit terganggu tatkala lecturer mula memaparkan carry mark yang depa bagi kat guwa.. sikit punya rendah guwa punya carry mark, takdak satu pon yang cecah 50>. seme main dalam 35-46. Carry mark macam 'hidup segan, mati tak mahu' ni dah cukup buat guwa rasa nak tanam anggur je lepas dapat ijazah ni. aih... (-_-)"



Berpeluh ketiak guwa, 10%  je carry mark?


Nasib baek la guwa ni PEGAWAI KADET yang dah ofkoz dapat keje pasni. takdak la nak pikiaq pi bulat2 surat khabar kat bahagian 'Jawatan Kosong' semata-mata nak pi cari kerja kat bumi malaysia ni, hehehe..








Kepada sesapa yang tengah baca blog guwa ni, doakan la agar kami enam sekawan yang tengah menduduki final exam untuk final sem ni. doakan juga kejayaan semua member kami yang tengah memerah otak dan keringat untuk siapkan final year project.. Salam Kejayaan!!


Doakan kejayaan kita semua!!