CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nov 9, 2010

UncleB's Entry : Aku, 2nd Paper dan Cik Hotel

2nd paper accomplished, Alhamdulillah..


......الحمد لله


Allah dah permudahkan urusan guwa dan classmates sekalian dengan soalan yang not-so-hard sangat. Even bila kami bincang dengan otai 3DRM(afifi sabri), ada jugak la yang salah sebijik dua..


Pedulik hapa guwa! janji azab ke2 dah lepas.. tunggu jer la azab seterusnya..






By the way, thanx Lt. Col. S. Alpha for your kindness to teach us about peacekeeping management. We're really appreciate about what have you done to us especially bout trip to N9. thanx sir!(carma uncleB, carma lagi!! hahahaha)






Sedang kami semua bincang pasal paper tu kat gazebo depan blok jebat, guwa terperasan Kompeni Major Sergeant Kasturi* iaitu cik Hotel baru keluar dari pejabat dan meluru ke motornya. dia perasan guwa tengah usha guwa dan terus dia panggil guwa.


"Ya cik, ada apa-apa ke cik panggil saya ni?"


"Ha, saya dengar CO** panggil awak kelmarin? pehal?"


"Ouh.. pasal insurans cik, tak settle2 lagi nih, hahaha" guwa buat gelak-gelak mesra..


"Oww.. saya ingatkan dia nak tegur pasal badan awak? saya tengok sekarang ni awak da makin bulat pulak, exercise la sikit.."tegur cik.


Guwa pandang cermin kereta sebelah tempat kami berbual. Oh, memang guwa dah makin bulat. ya, sangat bulat!


"baik cik!"tuntas guwa pantas mengiakan permintaan cik.


"Ok, petang ni kita jogg sama-sama.. saya pon nak shape balik badan saya ni, hehehe"


"Indeed, petang ni ye cik"


"Ok. Eh, saya nak gi amek anak saya balik skolah ni. kita jumpa petang nanti.."


"Baik cik.." Guwa habiskan dialog kami kat situ seraya terus ke mess bersama Pidah the Robot and Bemaq, member study guwa.




Niat guwa buat entry ni nak suruh ang pa semua bagi moral sikit kat guwa ni supaya jaga sikit diet tu.. kalu jumpa guwa kat cafe tengah melantak tak hingat dunia, sudi-sudikan la menegur guwa ea.. tapi jangan la direct sangat cara tegur tuh, hehehe..




p/s : To all readers, do pray for our exam and my workout! Gambatte!!


Baju merah, mungki itu guwa..




*CO means Commanding Officer. Boleh la nak kata macam Dekan, cuma part military Academy.


**Kompeni Sergeant Major ni seingat guwa macam seorang yang menjaga Pentadbiran sesebuah kompeni.. macam tu la kot, guwa pon kurang tahu pasal ni..



Nov 8, 2010

Uncle B's Entry : Aku, mereka dan Exam..

Salam isnin buat readers sekalian.. Sorry la sebab lama tak update entry, guwa and the geng tengah dalam mood exam..



Sorry jugak guwa ucapkan kat brader2 DE yang laen.. dah lama guwa tak lepak kat markas. takdak niat lain melainkan guwa nak fokus masa study ja.. Ang pa semua kan tahu yang brader2 guwa semua ni budak2 strategik, guwa pulak mamat logistik.. mane nak ngam kalu nak study group dengan depa same-same(mr. In tolak tepi, dia brader computer science yg kesepian, hahaha). 


Plus, kalu guwa pi markas pom, sah-sah guwa tak study.. dengaq depa semua buat lawak doplopatjam, tak terputus urat tekak nak tergelak. ilmu pon start la kluaq dari dalam hati slow2.. otak yang dah lembap pon, kian la lembap, damn..


erti facebook yang sebenar


Tapi apa2 pon, jiwa guwa senantiasa berada kat DE..

bila guwa nak berkarya,     guwa pi DE
bila guwa lapaq,                  guwa pi DE
bila guwa sedey,                 guwa pi DE
bila guwa nak tacim2 sikit, guwa pi DE.

DE, forever in my heart...

~Baru lepas tengok carekarama Dunia Batinku, rasa nak tacim2 pulak~

wajib tonton kepada brader2 yang malas nak balik kampung


p/s : Buat beloved readers sekalian, doakan kejayaan brader2 DE k. Target biskut biru sem depan!! Chow~

Nov 7, 2010

kazpeeer entry: makan x abis kadet.....

tajuk nie aku dapat idea dari yaccop, ssjn batalion aku... hahaha

mase dulu...
ibu bapa kite mesti de ckp....
"adik... belajar rajin2... besar nanti boleh jadi doctor, lawyer.. bley tanggung mak dan abah...."
mase tu mcm2 jwpan kite bagi...
namun dalam usia yang da meningkat nie...
bagaimana situasi kita dan ibu bapa kita?
berapa banyak masa kita luangkan untuk ibu bapa kita?
mampukah kita menjaga mereka sebagaimana mereka menjaga kita?

jika kita datang dari keluarga yang kurang berada, sedarlah...
sejauh mana kita berjaya, kita xkan berjaya sekiranya tanpa ibu dan bapa...
sejauh mana kita berjaya, kita xkan bahagia tanpa ibu dan bapa...
sejauh mana kita berjaya, kita xkan senag tanpa ibu dan bapa...

dalam sehari....  berapa kali kita ingat ibu bapa kita? (soalan diri saya kepada diri saya dan pembaca)

mak dan abah kat rumah mkn apa?
mak dan abah kat rumah sihat selalu ker?

barbalik pada topik, apa yang saya nak sampaikan sebenarnya bagaimana keadaan hidup sepasang ibu dan bapa yang susah,

walaupon anak2nyer berjaya mencapai cita2, bergaji besar, da de isteri dan anak,
sesetengah mereka(ibu dan bapa) masih bekerja keras untuk mendapatkan sesuap nasi... tanpa mengharapkan sedikit bantuan dari anak2 mereka yang berjaya.... (percaya atau tidak.... terpulanglah..)

mereka lebih suka mengerjakan hasil titik peluh mereka untuk dinikmati bersama keluarga..
saya percaya, mmg susah untuk seorang anak yang bekerja, bekeluarga, jauh dan sentiasa sibuk bagi makan bersama keluarga, ataupon meluangkan sedikit masa untuk mereka...

tapi,
pernah ke ibu dan bapa kita selalu jer sibuk dan tidak dapat meluangkan masa dan tenaga untuk kita?
jika saya,
saya akan menjawab....
"tidak pernah, kerana buktinya saya cukup makan, minum, dapat bersekolah, menyambung pengajian, dan yang penting saya hidup"

begitu sayangnya ibu dan bapa kita,

sudah lama saye pikir,
jika saya di KL,
mak n abah kat kampung,
dah meningkat usia,
siapa yang nak mengusahakan ladang kelape sawit?
sape yang nak uruskan?

kenapa mentaliti budak sekolah dah di set untuk jadi golngan professional? (doctor, lawyer, lecturer...ect) siapa yang nak bangunkan hasil2 negara pada masa akan dtg?
siapa yang nak mengerjakan sawah? 

mengerjakan kebun buah? 
mengait kelape sawit?
menoreh getah?
perlu ke kita import mknn pada masa akan dtg?
perlu ke kita mengambil pekerja asing? (soalan ini dah lama mengusut fikiran anak peneroka seperti aku) 


bley x sape2 bagi pendapat, cadangan, kritikan?

Nov 6, 2010

Gestapo's Entry: 21 tahun

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

~inilah nukilanku~ untuk Double Eleven

Sedar tidak sedar, usiaku telah mencecah 21 tahun. Sudah melangkah ke alam dewasa yang memerlukan kesedaran mengenai tanggungjawab. Bukan lagi sekadar tanggungjawab kepada pengajian akademik dan keluarga semata-mata, tetapi telah merangkumi tanggungjawab kepada agama dan negara. Skop tanggungjawab kita lebih luas dan dinamik. Memang kesedaran ini sepatutnya terpancul dari jiwa sejak akil baligh lagi, tetapi dengan usia 21 tahun inilah baru kita lebih matang dan boleh berfikiran dengan lebih luas dan jauh. Berdasarkan Perlembagaan Malaysia, dalam Perkara 119(1) menyatakan seseorang warga Malaysia berumur 21 berhak untuk  membuat keputusan memilih kerajaan melalui pilihanraya.


Kita perlu sedar, tanggungjawab untuk memilih kerajaan bukan suatu perkara yang boleh diambil mudah. Kerana kita perlu sedar, kerajaan itulah nanti yang akan mencorakkan struktur sosial dan kehidupan rakyat melalui undang-undang, memajukan ekonomi rakyat dan sebagainya.Selain itu  kerajaan yang dipilih itulah yang akan membina dan membentuk pemikiran kita dan anak-anak kita melalui sistem pelajaran yang diterapkan ke dalam minda seawal berumur 7 tahun di sekolah-sekolah hinggalah ke peringkat universiti. Kerajaan itulah juga yang menjaga keselamatan kita, bukan sahaja keselamatan dari aspek ketenteraan, namun keselamatan dari aspek keagamaan, hubungan antra kaum, nilai-nilai moral,jati diri, alam sekitar dan sebagainya. Kesimpulannya, kerajaan yang bakal dipilih itu, akan membentuk satu sistem yang mencanang kehidupan kita di dunia ini.


Dengan hujah-hujah di atas, jelaslah kepada kita bahawa dalam memilih sesuatu kerajaan bukanlah sesuatu yang boleh dimain-mainkan, dilekehkan dan tidak di ambil peduli langsung. Kita perlu berhati-hati dalam memilih parti yang akan menerajui kerajaan. Kita perlu menganalisa dasar-dasar yang dibawa oleh setiap parti politik disamping melihat cara dan komitmen pemimpin-peminpin setiap parti politik dalam menjunjung dasar parti. Kerajaan sekarang adalah dari Barisan Nasional yang meliputi pelbagai parti yang kebanyakkan berteraskan kaum seperti UMNO, MCA, MIC dan komponen-kompenen kecil di Sabah dan Sarawak. Parti Keadilan Rakyat(PKR) , Parti Islam Semalaysia (PAS) dan DAP merupakan parti-parti pembangkang yang terbesar di Malaysia yang sekarang dibawah satu payung dinamakan Pakatan Rakyat (PR).  


Bagi saya,di samping masalah-masalah sosial yang kian meruncing, Negara Malaysia sekarang sedang menghadapi satu masalah yang lebih besar dan berbahaya jika tiada jalan penyelesaian dari sekarang. Kita dapat lihat golongan muda sekarang ini lebih mengelak dari mengambil tahu tentang keadaan politik negara.  Jika pemikiran seperti ini tetap dibiarkan, apa akan terjadi 5,10,20 tahun yang akan datang? Adakah generasi akan datang adalah generasi yang kurang prihatin tentang tanggungjawab terhadap agama dan negara?


Memang sikap golongan muda lebih untuk memberontak, jika ada salah silap yang dilakukan dalam arena politik negara, golongan muda akan mudah melenting dan membenci. Mereka akan terus membenci tanpa mengkaji terlebih dahulu secara mendalam apakah sebenarnya yang berlaku dan punca berlakunya keadaan itu. Kebanyakkan mereka juga hanya menerima sumber dari akhbar, televisyen dan sebagainya yang berkemungkinan dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu. Dengan kebencian yang memenuhi pemikiran golongan muda, mereka dengan mudah menolak untuk membicarakan apa-apa tentang isu politik dan menyempitkan pemikiran mereka dengan menyatakan politik itu “kotor”. Golongan muda akan terus menyerahkan tanggungjawab terhadap politik kepada generasi sebelumnya yang berumur sekitar 30 tahun keatas.


Selain dari itu, kita sering dihidangkan dengan perbuatan salah laku oleh pemimpin-pemimpin politik Negara di akhbar-akhbar dan sebagainya. Memang perkara tersebut akan membuatkan kita rasa jelik dan bosan dengan isu-isu seumpama itu. Tetapi kita perlu sedar ianya adalah kerana individu itu sendiri yang gagal memikul amanah yang diberikan kepada mereka mungkin disebabkan oleh faktor harta, pangkat, nafsu dan sebagainya. Kita tidak sepatutnya mempersalahkan parti politik itu kerana tiada parti politik yang mengwajibkan dan mahukan anggotanya terjebak dalam rasuah, pecah amanah, penipuan dan sebagainya. Adakah kita dengan mudah menolak tanggungjwab dalam membentuk kehidupan kita hanya kerana salah laku yang dilakukan oleh individu tertentu?Fikirkanlah wahai saudara-saudaraku. Kita sebagai golongan muda sepatutunya mengambil perkara tersebut sebagai iktibar dan berazam untuk membasmi perkara tersebutdari arena politik Negara. Tanggungjawab untuk membersihkan perkara buruk seumpama itu sebenarnya terletak di bahu kita sebagai bakal bakal pemimpin Negara suatu masa kelak.


Tidak dapat dinafikan juga, sejak dari kecil kita sering mendengar golongan dewasa memberi gambaran buruk kepada politik.Ibu dan ayah kita kadang-kadang membicarakan tentang politik di rumah. Bagi keluarga pihak pembangkang akan sentiasa bercakap perkara yang buruk tentang pihak kerajaan dan begitu juga sebaliknya. Sedar tidak sedar, Sejak dari kecil lagi telinga kita dikumandangkan tentang perkara yang negatif terhadap parti-parti politik. Ianya mempengaruhi corak pemikiran kita sejak dari kecil untuk membenci politik. Bahkan ada yang berpendapat politik adalah punca perpecahan di kalangan masyarakat.


Faktor perundangan juga mungkin menjadi punca mengapa golongan muda tidak berminat dalam mendalami dan mengkaji keadaan politik semasa. Perundangan seperti AUKU contohnya yang menghalang golongan muda terlibat dalam mana-mana parti politik dilihat cuba menyekat para pemuda Negara dalam menceburi bidang yang sangat penting ini. Tetapi apabila difikirkan, adakah dengan mengkaji dan mendalami politik boleh membuatkan kita alpa dalam pelajaran? Walhal bagi saya dengan politik kita sebenarnya dapat meluaskan dan mematangkan pemikiran kita. Kita akan disulami dengan semangat patriotisma dengan lebih tinggi dan menguatkan azam untuk membantu membangunkan Negara dari segala aspek.


Wahai saudara-saudaraku, janganlah kita menganggap politik itu tidak penting dan tidak memberi kesan kepada kehidupan kita. Jika kita sebagai golongan muda langsung tidak prihatin tentang politik Negara, siapa lagi yang akan prihatin? Adakah kita mengharapkan orang luar untuk memikirkan haluan masa depan Negara? Wahai saudaraku, walau seteruk mana pun keadaan politik Negara sekarang, kita perlu sedar, tiada lagi orang lain yang akan memperbetulkan dan meluruskan corak pemerintahan Negara selain dari kita sebagai anak-anak Malaysia bumi yang bertuah ini.


Jadi sebagai golongan muda, kita harus memahami dan menerapkan di dalam hati bahawa kita ada satu tanggungjawab yang sangat besar terhadap agama dan Negara. Dalam pemilihan parti politik, kita harus mengkaji dahulu dasar-dasar yang dibawa. Dasar-dasar tersebutlah yang akan mencorakkan pemerintahan Negara kita yang tercinta ini. Semoga nukilan ini dapat menyedarkan saudara-saudaraku yang sedang tidur, bahawa kita ada satu tanggungjawab yang besar ,sebagai  khalifah di bumi ini.

Sekian, Gestapo~

Nov 2, 2010

UncleB's Entry : Aku, bila berfikir pasal kaya..

Baris pagi..

Guwa berkhayal sorang-sorang kat barisan belakang batalion yang sangat sinonim dengan nama 'support platoon line'. guwa pon kurang ngerti  awat depa panggil kami dengan panggilan sebegitu rupa, gila apa?!

Sambil-sambil tu guwa imagine..

"Kalau la aku ada rm3juta sekarang, sah-sah aku keluar kadet, buat bisnes bela ikan keli kat kampung, best jugak!"

guwa tengah berimaginasi kalau guwa jadi kaya serta-merta gara-gara guwa telah selamatkan Mukesh Ambani (Otai India) yang hampir mati tercekik biji durian. Guwa tempeleng kepala dia kaw2, bagi bijik durian tu keluar. Alih-alih dia terselamat dan terhutang budi kat guwa, terus dia bagi rm3juta sebagai tanda terima kasih. Guwa kaya, hahaha!! Oh, indah sungguh imaginasi guwa pagi ni. cukup untuk hilangkan lelah selepas hampir 1 jam berdiri.


*                           *                              *                         *

Kelas..

Minggu ni study week. masa untuk guwa habiskan masa untuk study dan settlekan PSM(rujuk entry ini). Tapi, guwa masih terfikir pasal hal 'kalau guwa sorang yang kaya' tadi, masih belum puas..

"Sape la paling kaya sekarang ni?"


Secara automatik, guwa taip soalan tu kat column Encik Google. Dan keluar la ini..


  1. Robert Kuok, 88. RM32,400 juta
  2. Ananda Krishnan, 68. RM19,723 juta 
  3. Tan Sri Quek leng Chan, 64. RM10,300 juta
  4. Tan Sri Lim Goh Tong, 89. RM9,670 juta
  5. Tan Sri Teh Hong Piow, 77. RM7,554 juta
  6. Tan Sri Lee Shin Cheng, 68. RM6,620 juta
  7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 56. RM4,289 juta 
  8. Tan Sri Lim Kok Thay, 55. RM2,600 juta 
  9. Tan Sri Tion Hiew King, 70. RM2,420 juta
  10. Tan Sri Yeoh Tiong lay, 77. RM1,552 juta
  11. Tan Sri Uncle B, 21. RM1,551 juta.

Ya, kecuali yang nombor 11, yang lain adalah benar belaka..

Alahai, sorang je Melayu? Mana otai-otai Bangsa yang lain? Aih...(-_-")


Fikiran guwa bermonolog lagi..

"Dengan harta yang aku ada sekarang, aku dapat ranking nombor berapa  dalam carta orang paling kaya atas dunia?"

Guwa tanya lagi Encik Google, dan beliau pon menjawab...

857,430,685th person in this world...

Ouh.. Sangat besar angkanya. tapi tak kisah, sebab guwa masih ada dalam ranking, hahaha!!


Bini guwa tengah mandi, yeah..






Ang pa pula dapat ranking nombor berapa? Kira la sendiri dengan guna ini. Boleh challenge guwa?


p/s : Kepada pemiutang guwa semua, jangan risau.. Ada duit guwa bayar hutang ang pa, hehehe...

Oct 31, 2010

kayzpeeer entry : check...check... check it out...

assalamualaikum....
terpikir sejenak time2 gini gua teringat yang gua de blog....
gua sebenonyer mmg x bape minat sgt taip2 blog nie.... (baik gua wat essay asgmt gua... hehehe...)
nak dicerita kan laaaa..

al kisah....

ceritera cinta seorang student....
kita semua mesti ada rase untuk disygi dan dikasihi.. itulah lumrah manusia, insan yang lemah, perlukan sesuatu sebagai sandaran....
xheran la insan2 di rumah gua ni jugak de cerita cinta masing2....

uncle B: cintakan makan.... (semakin hari semakin kurus.... itulah niat beliau....)
zorro: dengan cintakan parade state...(tiap kali die duty mmg de la parade statenye....)
gestapo: cintakan PES malaysia league nyer.... (sampai badrol bakhtiar punyer level da same ngan rooney pon die xnak jual...)
MR. INC: cintakan seorang ibu.... (bagus die nie.... anak soleh.....)
rambo: cintakan i-pod beliau.... (walaupon time die nak main slalunyer bateri da habis gua pkai.... hahaha)

itu r telatah manusia sekeliling gua....

biarpon begi2... gua nak share satu cerita yang mungkin merubah hidup kita....


de la ex-classmate aku dulu..
dia ni mmg tahap skema 24/7.. tahap gaban r tue...
tapi die ni mmg jiwang... nak kate die ni laku r kan... tapi mslhnyer die nie couple x penah lekat...
xsampai setahun clash... (xtau la die wat hal or pendamping beliau yang wat hal)
bley kire sampai 7-8 pempuan r die dah couple,
kire sampai satu hari aku dgr die cite camni kat aku kat hp....
 " yo, aku bengang r beb, tiap kali aku couple mesti kene tipu ngan pempuan"
aku jwb : "asal"
$#$#$: " xde r aku rase nak bunuh jer betine yang mainkan aku"
aku jwb: " wei... rilex... ko nie, ko kan hero... 1 pegi 10 mari... wat pe nak layan minah2 tue... "
$#$#$: " aku syg giler kat die... tue r pasal.... tap2 aku balik rumah member2 laen ckp die pasang laen... panas woooo!!! aku pon siasat r.... skali time die detim ngan aku kat area ------- aku check hp de gambar die ngan mamat mane tah... kalau gambar tue ok x per beb... nie gambar atas katil... ko bley agak r kan..."
aku jwb : "pastu? pe mende ko wat?"
$#$#$: "gua tanye direect r.... die nangis tersipu2 pastu cite die da couple ngan mamat tue n da @#$ tapi die syg kat aku... aku pon jwb r... wtf... ko ingat aku nie balaci ko ha.. ko da ngan die, ko kawin r ngan die..."

begitu r sedikit sbyk dialognyer...
ape pendapat korang?.... bile lu org kat tempat member gua tue...
susah nak cari pempuan yang bersih skrg...
dak kampong pon da jd cam mat saleh... ni kan lak dak kolumpo... (xsemua r mcm tue.... tapi majoriti)
itulah realiti nyer hari nie....
lelaki pon x semua nyer suci... masing2 de kerenah masing2... so pandai2 la jage diri sendiri kan...
papepon.....
Kayzpeeer mendoakan rakan2 sekalian berjaya fi kulli hal.. fi kulli zaman fiddunnya wa akhirah...

Oct 29, 2010

UncleB's Entry : Aku, Mess dan Segalanya

“Mess, quite please!!”

Keheningan pagi guwa telah di’mukaddimah’kan oleh teriakan arahan dari PMC Mess Kadet 26 Melayu. Time tu guwa tengah lepak dalam mess(dewan makan versi tentera), melayan sepinggan nasi goreng sosej beserta air kopi separa pahit yang memang cukup feel kalau dihirup slow-slow.

“Aku bagi masa lima minit je lagi. Aku masuk mess sekali lagi, semua dah takde, faham!!”

“Faham tuan!!” Serentak ahli mess termasuk guwa menyahut persoalan PMC.

“Mess, you may carry on now..” habis berbicara, beliau keluar dari mess dengan gaya jalan yang agak maskulin. Cukup hebat.. Dengki jugak la guwa seposen tengok PMC punya style sebab beliau ada kuasa nak buat macam tu.. kalau la guwa tiru lagak beliau, alamat macam clown tak cukup sifat pulak orang akan pandang guwa. Adei...


Apa salah guwa brader?



Ok, for your info, PMC tu stand for President of Mess Commitee. Alaa.. macam ketua dewan makan la bak kata budak-budak sekolah asrama. Yang jadi bezanya PMC Mess dengan YDP dewan makan biasa adalah depa punya authority yang sangat berbeza dan ketara. Kalau setakat YDP dewan makan, kerja dia cuma make sure makanan cukup, makanan selamat dimakan untuk student dan memastikan keadaan dewan makan sentiasa bersih dan ceria demi kepuasan bersama. Berbeza sangat la dengan PMC ni, beliau punya power, fuhh!! Tak terbayang dek akal woo.. Semua tugas-tugas yang YDP dewan makan asrama biasa kena buat adalah bukan bidang tugas beliau, tapi tu semua adalah kerja balaci-balaci mess merangkap bluddy junior 26 Melayu. So, antara kerja PMC adalah memastikan balaci-balacinya ni menjalankan tugasnya..


pandangan atas 1
pandangan atas 2




Ala UncleB, kalau macam tu je keje PMC, baik tak payah story kat kita orang...


Aih, guwa tak abes sembang lagi ang pa dah nak menyampuk, tunggu la sat.. Patient is a value for the virtue. Guwa akan story slow-slow supaya kita semua boleh feel sama-sama..


Ok, tu baru sub pada bidang kuasa beliau.. by the way, kalu ang pa semua nak taw, PMC mess ni power gile beliau punya authority sampai tahap semua VVIP yang mai makan kat mess ni kena makan sebelah beliau sebab PMC la owner mess tu. Tak kisah la Siti Nurhaliza ke, Dato M. Daud Kilau ke, Barrack Obama ke, ataupun YDP Agung kita sendiri.. Free-free ja PMC boleh makan satu meja dengan selebriti, pergh...






High table ni lah tempat dimana otai-otai 26 Melayu menjamu selera. DO, CO-CO battalion, Brigade Admiral and his vice, orang-orang kenamaan, depa semua akan makan kat sini atas dasar nak jaga standard rank depa semua. Kedudukan kerusi disusun mengikut hieraki status otai masing-masing. Guwa pon tak berapa pasti la macam mana depa susun kedudukan ni. But for sure, PMC mess memang depa port kat tengah-tengah tu.


Dulu, mess kami ni tak la cantik sangat.. tapi lepas tampuk pemerintahan 26 Melayu ni bertukar, alih-alih banyak pulak facilities laen yang ditambah seiring dengan demand dari senior-senior kadet nih.. Depa cakap nak jadikan mess 26 Melayu punya style sama dengan mess unit yang sebenar.. so, dari sebuah mess yang dulu hanyalah tempat untuk kadet-kadet melantak doplopatjam, kini menjadi sebuah area yang memang havoc dan selalu dikunjungi semua penghuni 26 melayu tak kira la kadet, paladet, civillian ataupun nyah2 pondan dari KL yang dahagakan kasih sayang sorang kadet. Ok, itu guwa tipu..






Haa.. kat atas ni adalah ruang bacaan kat mess 26 melayu.. sikit punya update depa punya paper.. ang pa nak baca paper apa, cakap! Utusan Malaysia, Berita Harian, Metro, Kosmo.. semua ada!! Er.. Sinar harian dengan harakah guwa tolak tepi. No politic-politic dalam military, hehehe.. Kat sini jugak bukan sahaja tempat untuk nak update ang pa punya kepala otak dengan current issue je, kat sini jugak ang pa boleh lepak-lepak sembang, nak bergayut bersama insan tersayang, nak bantai membuta pon boleh.. Bila ada sofa yang kosong, jalan...(just for senior 2 ranting and above only). By the way, baru bulan lepas kot depa tambah facility mess dengan letak lcd tv + channel astro kat ruang bacaan ni. Memang pasni memang geng-geng kaki bola akan lepak kat sini la sebab hampir semua channel astro depa amik. Sportchannel, ESPN, CNN.. semua ada lah! Silap-silap channel porno siam pon depa bantai letak dalam list channel gak, sapa tau. ahaks!!


board batalion

batalion guwa, yeah!!



Kat ruang ni jugak depa letak board pasal akademik, ketenteraan dan pencapaian keempat-empat batalion. Guwa pon baru perasan pagi tadi, tu pon sebab member guwa yang habaq kat guwa. kalau dia tak habaq, alamat sampai comission pon guwa tak sedar pasal board tuh..


Ok, Tu baru Prologue dalam misi ‘Jelajah Keunikan Mess’ kita.. Next, let me show ya’ll the passion of cadets while they are in MESS, lets rock on!!!








Dilengkapi dengan 2 buah meja snooker, 1 meja billiard, 1 meja pool dan 2 bijik soccer table.. Mampu untuk membuat kadet-kadet 26 Melayu mampu untuk stay up dan berdiri dari 9 malam hinggalah ke azan subuh esoknya kecuali bagi mereka yang bukan islam atau pun mereka yang uzur syari’e, mereka mampu berdiri sampai la mampos pengsan. Jangan la ang pa semua terkejut kalau-kalau lepas ni 26 Melayu akan melahirkan bukan seorang malahan ribuan Ronnie O’sullivan, nescaya 26 Melayu akan jadi kompleks sukan Malaysia yang bakal melahirkan atlit-atlit yang elite, dan bukan lagi tempat untuk melahirkan graduan yang mempunyai ciri-ciri Leaders Of Character, Hahahahaha!! Ok uncleB, Next!!!







Kalau dulu kadet-kadet kat 26 Melayu selalu je test suara kat dalam jamban toilet. Dari pemerhatian, seramai 6 dari sepuluh orang kadet akan menghabiskan masa terluangnya dalam toilet semata-mata nak test pitching suara masing-masing. Silap-silap, group nasyid 26 Melayu sendiri pon bantai training kat dalam jamban sebab dulu depa takdak tempat yang sesuai nak training. Tapi kini tidak lagi. Setelah pihak atasan dapat mengenalpasti masalah ini menjadi semakin serius, mereka mengambil inisiatif untuk mengubahsuai sebuah bilik yang dulunya hanya menjadi singgahan encik2 cicak dan lipas untuk berpicnic sesama mereka menjadi sebuah bilik yang dilengkapi set karaoke yang mempunyai kebolehan simpanan lebih beratus ribu buah lagu yang berbilang genre dan bahasa. Ang pa mau rock? Ada. Ang pa mau nasyid? Of course ada. Ang pa nak tarik lagu indie? Adala sekerat dua.. Capai Gemilang? Er.. sorry la, xdak stok. Tapi kalau nak lagu duet? Semestinya ada! Nah, lagu apa yang ang pa selalu melalak dalam toilet kini terkandung dalam set karaoke kat dalam mess. Siap ada dancing floor lagi dengan lampu-lampu disko segala bagai depa dah siap pasang, ang pa nak cucuk bintang sampai pagi esok pon takdak orang yang marah. Yeah, I love my Mess...(^_^)


Lam, member duet guwa!



UncleB, dari tadi story pasal facilities mess je. Macam mana dengan makanan yang diorang serve  pulak?


Ouh.. yang tu malas la pulak guwa nak story.. Tapi untuk memuaskan kehendak ang pa semua, guwa just state gambaq2 je lah untuk tatapan semua..


ini

ini

ini

dan ini..


sate tuan guru pon ada!!


Hahaha!! Gila la kalau depa serve macam ni kat mess, boleh naek BMI semua kadet 26 Melayu. Kesian pulak kat PTI(physical Training Instructor) kena keja lebih masa sebab nak buat kursus pengawalan berat badan kat depa semua, hahaha!!


Actually, guwa tak berapa ingat sangat menu2 yang depa serve kat kami. Tapi yang pasti every weekdays waktu lunch, main dish depa adalah lauk ayam. Malam pulak depa bagi kadet-kadet ni melantak lauk ikan tongkoi+daging kiub. Kalu weekend, depa tak serve pulak lauk ayam, just rotate lauk ikan dengan daging kiub tu je la.. Sarapan pulak depa just hidang nasi+mee+meehon+Keuw Tiaw goreng, sosej, burger... erm tu jer la kot.. tak dak la special sangat, tapi cukup la nak alas perut kadet time waktu pagi.


Benda tu semua guwa tak kisah sangat. Tapi yang paling guwa concern adalah waktu pagi dengan malam, cook house kena serve kopi O panas kat guwa, pergh.. tangkap leleh bai kalau hirup slow-slow sambil tengok geng-geng balaci 2010 tengah beratur panjang nak tunggu turn amek meal depa. Lagi la feel bila kita boleh curik-curik pandang cik-cik awek 2010 yang masih belum tercabul sifat-sifat femininnya buat jalan ala cat walk depan senior-senior yang laen, jual saham bai.. Apa- pon, layannn...


Overall, institusi mess ni sememangnya penting dalam organisasi tentera. Even berada di medan perang, markas akan sediakan mess sementara kerana peranannya sebagai tempat untuk depa release tension, tempat berkongsi maklumat, tempat depa berhibur dan for sure, tempat untuk depa semua melantak. Bak kata kesatria dahulu kala, “ the soldiers will walk on their own stomach So, take care of your mess like you take care of your wife, HOORAH!!



P/S : Ouh, guwa lupa nak state. Dulu kat tempat snooker ade gak game dart. Tapi sebab ramai sangat yang komplen sebab jarum dart tu selalu landing kat tempat yang tak sepatutnya(zorro pernah kena). So, game tu dah vanish. Orang cerita la, guwa pom xtau..:P


cokmar mess


Oct 25, 2010

Zorro's entry: Nilai Sebuah Persahabatan (Part I)

Nilai sebuah persahabatan  =  French fries sekitar rm5.00


Ha…memang mood aku skang dalam keadaan yang sangat marah + kecewa + sedih + duka + bengang + xtaw nk cakap pe lagi+sakit hati…


Sebab per?...korang tengok la tajok kat atas tue.. bende ni berlaku bukan kat aku..ehemmm…bukan juga kat uncleB..ehem lagi…xde kene ngena antara yang hidop(aku) ataupun yang bakal mampus(pak cik bravo yang tua lagi hodoh)..



bermula la segalenyer pada sekitar jam 1245H 24102010(12:45pm, 24th Oct 2010) di salah sebuah pusat membeli belah di Bukit Jalil..kalau korang duduk sekitar Bukit Jalil dan Sg besi,korang akan taw betape BANYAKNYA shopping mall kat sini.. yang dirahsiakan namanyer takot sesiapa(pak cik bosar) terase..



Al-kisah bermula..

Sedang aku makan bersame rakan aku yang sedang mengikuti kursus membesarkan peha dan betisnyer aka Latihan Industri (LI), aku terlihat kelibat skuad aku (Alan) di tepi KFC..aku pon terus melambai menggunakan jari tengah(lagak macho sorang askar) menunjukkan semangat aku untuk bertanyakan khabar…kerana pada waktu itu kami sedang mengikuti kursus menghabiskan elaun yang masih tinggal(cuti)..

“Lan.. ang nak g mane?..xkan jalan sorang-sorang jer?..mai makan KFC dulu…”dialog aku kepada Lan..

“sorang otak ang,tengok belakang aku ni..kan ada 3 orang lagi..2 la ang ni..makan KFC sampai kucing lompat pon xlepas” sindir Lan kepada aku..

Ha…kucing lompat pon xlepas…pepatah ni sering digunakan oleh jurulatih2 kat 26 Melayu untuk menunjukkan betapa banyaknyer ko makan sampai kucing nak melompat melintasi pon xlepas…( ha…xpasal2 kucing tu nk lompat kat makanan.. yang tu aku xtaw sebab per..padahal kalau ikotkan, boleh je menatang tu nak lompat kat tempat lain. Alih-alih, nak gak dia lompat kat makanan orang) 

“la…ramai ker..xpasan plak…ha,cahaya kegelapan pon ade.” gurauan aku merujuk kepada umum…(pak cik B lagi)..

“ha..tengok je aku datang teros ko abeskan makanan(padahal aku minom air je)..macam ni la member” tegur member aku yang aku rujuk tadi tu…

“ UncleB… aku minom je pon.. nak abeskan makanan per?..ni ade orang sebelah xabes makan.. amek la kalau lapor benor..”sinis aku kepada B(sila rujuk uncle B)..

“kalau camtu xpe..naseb baek aku baru lepas makan…kenyang lagi.. by the way, korang nak g mane ni?” pertanyaan beliau kepada aku..

“kitorang nak gi cucuk bulan jap..pastu g karok..nk join?” balas aku..

UncleB time kecik, mungkin..


“ha..elok la tu..aku pon da lame simpan sore ni…bley2..Lan, ko nak join tak?”sindir uncle B kepada Lan..

“malas la..ko pegi je la…aku nak jalan2 dalam ni.. berseorangan… kesunyian…. Tak berteman…. umpama ditinggal kekasih.....” kata Lan mengharapkan yang uncleB takkan meninggalkan beliau..

“ok..pegi la..aku nak karok ngan dorang jap.. Jangan lupa beli roti boy untuk aku,” tuntas uncleB tanpe pedulik akan perasaan Lan yang kecewa..

berSambung…

ºBest Friends Listen to what you dont sayº
**Samantha Norman**



p/s :  Even aku hangin dengan uncleB, laptop die je yang aku guna untuk berfb, kui3.. ; )



Oct 19, 2010

Zorro's entry: Integrity Is All About

when someone question your integrity, you are no longer fit to be an military officer.....pergh,skali aku dgr ayat ni, tertusuk jauh ke dalam benak hati aku..bagai ditusuk sembilu bisa,pedih...argh.. kata-kata ini diucapkan oleh lecturer aku yang merupakan very senior officer in military.

Ni bukan lecturer aku


skarang ni aku nak cite pasal integrity...
ok..what is integrity is all about..
pernah x sepanjang korang idop, korang xmenipo?...
ok..soklan tu nampaknye susa sangat..cube yang ni plak..sepanjang idop korang, pernah x korang berlaku jujur walaupun kejujuran itu pahit dan pedih sangat kalau korang luahkan?..macam contoh, korang beli nasi lemak ayam dara kat pasar malam..hargenye RM4.00...  korang bagi sekeping RM5.. tapi  peniaga tu bagi balik baki RM46.00.. sebab peniaga dara tu ingat korang bagi RM50.00.. kalau korang bagi balik and then cakap die salah bagi baki,memang korang dalam golongan yang agak jujur..



tapi cuba yang nie plak...
situasi yang same..tapi yang berbezanya, time die bagi baki tu korang men amik jer...then bile sampai jer rumah korang check balik baru korang sedar yang ayam dara punyer bos tersalah bagi baki..  ha,sape yang akan pegi balik kat kedai tu then cakap yang empunyer nasi lemak tu terbagi duet lebeh,sila angkat tangan...ha,just peniaga-peniaga di pasar malam je yang angkat..

normally korang akan bercakap dalam hati korang mengikot contoh berikut:

1)"alhamdulillah,rezki aku la malam nie"
2)"hurm..confirm tokey tu da balik..aku bagi len kali je la" (padahal lepas 3 kali jumaat belom tentu korang bagi)
3)"ala...jaoh plak kedai tadi, malas la"
4)or paling worst.."bengong punyer tokey, aku bagi RM5 bagi balik banyak ni..sape suro ko bangang math,padan muke ko"..

ha...mane pergi nilai intergrity or kejujuran dalam diri korang...(aku xmasok)
bende ni da jadi kebiasaan kalau korang da slalu wat..nampak simple dan remeh temeh..
tapi pernah x korang pikir duet tu adalah haram? siap belanje member lagi..kan melibatkan dosa beramai-ramai..

let say kalau...
peniga tu  x cukup lagi RM46.00 untuk beli ubat anaknya yang sedang sakit?
peniaga tersebut runsing sampai sakit kepala memikirkan mane perginye duit tersebut..

nilainye mungkin bagi sesetengah orang xtinggi...tapi bagi orang yang sangat memerlukan macam mane plak kan..

ok...aku da menyimpang terlalu jauh sebenarnye..
oleh sebab seorang dewasa memerlukan masa sekurang-kurangnye 5 jam untuk tido,so aku terpakse mengakhiri nukilan aku nie sebab esok rutin yang sama akan aku lalui..
kang kalau ngantok kat kelas esok ape aku nak jawab?..sebab wat crite dalam blog?.. xde nyer...
"sebab wat assignment maam"..kan menipo tu..tapi nak wat camne kan?..nak hidop kene pandai-pandai;)



p/s : If you can take care of your integrity, so you can lead battalions of Warriors!!

Oct 18, 2010

UncleB's Entry : Aku, PSM dan Junior

2 minggu guwa pulun kepala otak nak siapkan guwa punya final year project(FYP) a.k.a Projek Sarjana Muda(PSM) yang nak kena antar 9 november ni. Sampai naik kematu jari jemari guwa nak menaip benda2 alah ni. Tapi, kehendak kementerian pendidikan tinggi nak suruh kami buat jugak buku-biru-tebal, guwa as student berwawasan kena follow jer la.. Kalu xfollow kang, tak pasal-pasal guwa repeat 1 sem lagi kat 26 Melayu. Sumpah I tak rela you..~~(menyampah)..
Sebab tu la dah lama guwa tak update blog, nak harapkan mamat2 laen dalam Double-Eleven(DE) ni, mmg tak boleh harap!! Depa asyik sibuk ja dengan rutin masing2...

Zoro : Facebook doplopatjam
Mr.IN : Layan Drama mat saleh 'Chuck' tak henti-henti
Gestapo : Maen game peta2+perang.. entah, guwa pom tak paham game ape la yg dia maen..
Rambo : Layan Ipod, tido.. tido, layan Ipod. Kadang2 gi gym..
Kayzpeeer : maen Master League, makan, bergayut dan membuta...

(-_-")

*                          *                                      *                              *


Hari ni guwa dah antar bab 1 dengan bab 2 FYP guwa tu kat supervisor. Sikit punya hangin dia jumpa guwa tadi.. maklumlah, dia suruh guwa jumpa dia sehari selepas cuti raya, guwa gi bantai jumpa dia hari ni.. apa lagi, free2 guwa kena bahan dengan dia tadi..


Untuk pengetahuan ang pa semua, supervisor guwa ni otai lama kat 26 melayu ni. Even dia pompuan yang ayu(Ya, dia memang ayu, sumpah), dia la setakat ni supervisor yang paling zalim wal rejim hardcore sekali pernah digelar oleh student2 kat sini.. guwa berani sebut ni sebab guwa dah pernah rasa la bai dengan dia.. pernah sekali guwa pergi jumpa dia, dengan niat nak carma dia ja. tapi sebab guwa pergi jumpa dia dengan melenggang kangkong tanpa bawa sekeping nota pon kat tangan, dia dengan rilek nya suruh guwa front-support(tekan tubi) depan org ramai. Jatuh saham muka guwa yang dah tak seberapa hensem ni, sedih woo.... tu nasib baek la dia tak suruh guwa commando rest, kalu tak, botak la kepala guwa..

Zaman muda-muda, commando rest berkumpulan



"You nak I buang you dari jadi student I ke UncleB?"

"Tak nak maám, maaf maám"

"So, better behave yourself! Jangan ingat you badan besar I takut dengan you."

Apa kes pulak nak libatkan kondisi tubuh guwa dalam hal sebegini rupa? dah xdak modal nak kutuk guwa la tu..

"As you wish maám" guwa habiskan dialog kami dengan ayat sedikit macho..

Staf-staf  dalam pejabat tu dah start buat muka tahan gelak tengok lagak guwa bajet cool. Ada jugak la staf yang kurang didikan moralnya mula berbisik-bisik mengejek guwa. Xpa2.. guwa dah cam muka depa, ada lori ada bas, ada hari guwa balas...

Dengan langkah sedikit sayu guwa tinggalkan pejabat supervisor guwa.. Sedih jugak la hati ni lepas hasil kerja guwa selama 2 minggu dibalas dengan nasihat yang sangat 'membina' dan ejekan2 dari anasir luar. rasa cam nak repeat sem ja.. nasib2...

Bila guwa dah mula rasa sedey, rasa nyesal je masuk 26 melayu,feel nak balik kampung dah makin melampau, secara automatiknya perut guwa mula berkeroncong. Ya, itu menandakan perut guwa dah kosong dan guwa dah lapar.. Apa lagi, guwa amek langkah kanan, terus ke cafe bawah. Pekena nasi ayam dengan teh o limau panas ni best gak!

Sesampainya kat cafe, guwa cari port nak duduk dulu. Nah, junior-junior satu ranting yang tgh syok makan macam tahu-tahu je guwa nak book seat depa. Atas dasar raspect senior, salah sorang dari depa mengalah la dengan bagi seat dia kat guwa. Hahahaha!! seniority guwa menyerlah disitu.. guwa tak duduk dah, guwa port topi biru guwa kat seat tu dan terus ke gerai nasi ayam. Tu dia...! punya la panjang line beratur nak beli nasi ayam, kalah line 'q' nak beli tiket bas balik kelantan panjang dia.

Apa guwa kisah. guwa senior bai.. depa, setakat xdak ranting atas bahu, xpayah nak tunjuk act la kat sini.. guwa bagi signal je, terus depa bukak jalan sampai kat depan kaunter nasi ayam. Time tu la guwa rasa "pergh.. syok syial jadi senior kat 26 melayu nih, hahahaha".

"Kak, nasi ayam nasi Extra satu!!"

"Siap!!"

terasa macam kat mapley sebelah KK mart pulak feel dia...

Lebih kurang macam ni la, tapi tambah nasik sikit lagi


"Alamak!!"

time nak bayar tu guwa dah rasa lain macam...

"Aih.. aku bawak tak wallet aku hari ni?"

kakak nasi ayam dah pandang guwa lain macam.. Junior-junior guwa pon dah mula nak tergelak dengan situasi yang guwa hadapi sekarang.

Damn!!

"Wei junior, tadi ko cakap ko nak belanja aku kan. Ok, bayar air sekali" Rilek je guwa bagi order kat junior xdak ranting sebelah guwa, hehehehe... Indahnya dunia guwa ari ni..


*                                 *                                       *                                     *


There are 2 rules in 26 Melayu

1) Senior always right.
2) If senior wrong, refer to rule no.1.

p/s : Wahai adik2 xdak ranting.. tahan ye dengan karenah senior-senior ang pa ni. 8 bulan lagi ang pa dah ada adik baru dah, hahahha!!!

Sep 25, 2010

UncleB's Entry : Aku, Tidur dan Attend

24th Sept 2010

KRING!!!    KRING!!!    KRING!!!

 Ini Jam Gestapo
                                                                  

Jam loceng gestapo mula menjalankan tugasnya waktu pagi cenggini.Guwa bukak mata, tengok jam dah pukul 5pagi. Masih awal untuk seorang 'civillian' macam guwa untuk bangun. Budak-budak ni pon masih terbungkang atas katil masing-masing melainkan kayzpeeer sorang je yang tido kat bawah. Mungkin kerana ditolak oleh Mr. In yang telah berkongsi kamar dengannya semalam. Pasangan gay Mereka ni memang macam tu. kalau dah tido, xda lagi istilah friendship yang biasanya depa akan praktikkan pada waktu sedar, SENGAL. Berbeza pulak dengan Zoro dan Gestapo, even depa ni selalu gaduh/tumbuk/terajang/cubit bontot pada waktu yang depa sedaq, tapi tyme tidoq, depa ni boleh pulak bantai sekatil, siap peluk gesel-gesel badan lagi, Ish3, Kaum Nabi Luth!! Sekali tengok, Depa waktu ni boleh la diibaratkan macam romeo dan juliet, macam adam dan hawa, atau macam iblis dan dajjal. Ok, guwa dah over.

Mata masih ngantuk. Guwa capai bantal, Zzz....




*     * *     *     *     *





"Perkasa jati diri, berilmu dan berbudi, bertekad curah bakti...."

Ok, ni jam loceng guwa pulak berbunyi. Geng-geng depa ni akan mula memekak menyanyi dalam pukul 7.00-7.30pagi. Waktu ni guwa wajib bangun untuk bersiap ke kelas. Haa.. ni satu lagi sifat mahmudah yang guwa nak share dengan ang pa semua. Even guwa ni masih lagi cuti sakit, tapi tanggungjawab guwa sebagai sorang student tak pernah guwa abaikan, memang tak rugi la malaysia ada produk macam guwa ni, hahaha!!

Lantas guwa bangun, capai towel+shower gear, masuk ke kamar mandi dan..

Gedeburr!!~~

Ini bukan salah sorang dari member-member guwa. Ang pa jangan nak kutuk depa naa...


Guwa memang jenis yang tak lama duduk kat 'office syaitan' ni, 5minit da cukup untuk guwa berak buang apa yang patut dan bersihkan body guwa yang sedikit chubby ni. Proses penyucian diri, settle!

2nd, guwa bukak loker guwa, amek service suit + eksesori segala bagai, tup tap tup tap, perfect! Imej kendiri, mantap!

Next, guwa ke double-eleven, amek minyak rambut rambo + pinjam perfume zoro(pinjam ke? guwa tak pernah mintak pon dengan dia), dan last skali guwa tengok cermin, for last check. Kalau muka Farid Kamil yang muncul kat dalam cermin tu, ada la benda-benda lain lagi yang guwa kena alter balik kat diri guwa ni.. tapi kalau dah nampak ala-ala John Stamos, kira ok la bagi guwa untuk ke kelas dengan ciri-ciri sorang jejaka yang mempunyai daya keyakinan dan level masculinity yang tinggi, morning mission Accomplish!

kalu mamat ni pakai service suit warna hijau, lu boleh nampak la diri guwa yang sebenarnya, hahaha!! poyo!



Ok, lepas settle semua, Guwa capai mont blanc cap ayam, pakai topi blue-black guwa dan meluru ke pintu dengan style jalan yang cukup confident. Tiba-tiba..

KRING!! KRING!! KRING!!



Mr. Sony Erricson guwa berbunyik lagi. Alarm ape jadahnya waktu-waktu macam ni? Guwa capai henpon guwa dan seraya dengan itu terpampang satu note yang cukup menjatuhkan moral guwa yang telah bersedia untuk ke kelas. Mood guwa untuk menyiapkan tugasan PSM dengan member-member guwa hilang begitu saja. Note tu tertulis benda ni...

"REMINDER : HARI NI ADA APPOINMENT, SAMBUNG ATTEND"

*      * *

Change Parade from service suit to Game Order+wind breaker.

P/S : Lepas ni 'cuti panjang' guwa dah abes, dah kurang masa nak tulis blog. jemm...

pictures credit to my Mr. Sony Ericsson, Google & my beloved friend, black!