CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Aug 10, 2011

UncleB's post : Aku, Ramadhan dan Muhasabah

Lokasi : Pejabat Batalion Kilo, 26 Melayu
Tarikh : 11 Ramadhan
Waktu : Dhuha

Guwa tengah layan fesbuk, berchatting dengan member-member perantauan. Ade yang duduk Australia, ada yang duduk Jepun dan ada jugak la yang tersesat sorang duduk kat Afrika Utara. Tengah buat praktikal katanya..


Semua geng-geng final year 26 Melayu tengah buat training kat N. Sembilan.. hanya segelintir dari kami je yang stay kat sini atas sebab-sebab yang tertentu. Tak perlu la guwa nak terangkan panjang lebar mengenai perkara ini. Mungkin pada next entry, guwa akan story balik kepada readers sekalian. Ok?


Guwa sekarang tengah duduk santai+steady kat tepi tingkap pejabat Batalion Kilo. Dapat melihat panorama kehidupan 26 Melayu dari dalam pejabat. Kelihatan staf-staf bahagian kenderaan membersihkan 'kuda tunggangan' masing-masing sebelum memulakan tugas harian. Kelihatan juga kerja pembinaan sebuah fakulti perubatan yang hampir 95% siap. mamat-mamat indon dan bangla yang keje kat pusat construction berjalan sayu dengan gerak langkah perlahan ke kawasan construction. Tengok muka sorang-sorang, guwa dapat rasa bebanan keje depa. Memang cukup perit dan pahit. Bulan puasa lu keje jadi kuli, angkat simen maen 2-3 puluh kilo, keje dari pagi sampai ke petang, letih guwa cakap lu~~ tapi depa ni bese je.. Nak buat macam mana, duit punya pasal, seme benda boleh jalan~~


Masa guwa tengah asyik tengok mamat-mamat indon tu buat keje, ade la segolongan mamat-mamat indon tu yang guwa kenal. Ya, guwa pernah terserempak dengan depa masa gi semayang tarawikh hampir setiap malam sebab guwa pon kadang-kadang malas nak gi tarawikh kalu perut guwa dah penuh over dek akibat masa berbuka guwa makan tak berhenti..


Hebat betul la mamat-mamat indon ni.. Boleh depa tahan badan depa untuk follow rutin macam tu.. Dari pagi sampai petang keje jadi kuli, malam pulak pegi masjid jadi kuli pada Tuhan, Hebat. Bak kata alim ulama, 'jadi singa di siang hari, jadi abid di malam hari'. Guwa pon terus buat comparison antara guwa dengan depa, memang guwa kalah 0-2 la bai~~ dan sekarang guwa sangat malu dengan diri ini.


Mungkin guwa patut bermuhasabah sekarang. Akan guwa jadikan Ramadhan tahun ni sebagai platform guwa untuk berubah untuk ke arah yang lebuh baik.. Harap readers pon terkesan dengan entry guwa dan sama-samalah kita bermuhasabah. Salam Ramadhan :)

p/s : Ingat, jangan jadi hamba Ramadhan, jadilah hamba Allah, ang pa tau kan maksud guwa?

p/s  lagi : takdak pic nak upload, maaf geng~~

Jul 19, 2011

UncleB's Post : Aku, Bedah dan Bedah


Seperti yang ang pa semua sedia maklum, guwa mengalami masalah kesihatan yang sangat serius terutama -pada bahagian lutut, sport injury punya pasal(-_-“). untuk pengetahuan semua readers, dua-dua lutut guwa dah complete ‘dirogol’ oleh doktor dengan menggunakan pisau bedah depa..\ Kira guwa ni memang expert la dalam bab bedah membedah ni. Sampai hampir semua ahli-ahli 26 Melayu yang nak operate mintak khidmat kaunseling dengan guwa pasal benda-benda alah ni.. Kadang-kadang rasa diri ni macam Dr. Fadhilah Razak pulak.. Ops,Dr. Fadzilah Kamsah.. Sorry, typo.. :P



Macam-macam la soalan yang telah dilemparkan oleh mereka semua kepada guwa. Soalan pulak bukannye jenis soalan true or false, bukan jugak soalan aneka pilihan, tapi ni memang KBKK punya soalan..  Letih gak la otak guwa yang tahap degree ni nak jawab. Antara soalannya adalah seperti berikut :-

“Kalu ikut Standard, berapa lama boleh sembuh?”

“Orang cakap bedah ni tak elok? Apa pandangan Dr. UncleB?”

“Lu ni uncleB dah dua-dua lutut kena bedah, tak rase macam nak jadi robocop ke?”

“Duit insurans lu bila nak bulih?”


Dan bermacam-macam lagi la soalan yang tahap keharam jadahannya cukup buat lutut yang sakit ni bertambah sakit...



Alhamdulillah, jawapan yang guwa balas kat depa, depa boleh terima dengan hati yang terbuka..


Hajat guwa post entry ni Cuma nak cakap kepada readers dan ahli-ahli 26 Melayu sekalian yang dalam profesion tentera ni, biarlah kita injured akibat pertempuran. Elakkan injured disebabkan sukan kerana hal yang demikian akan mengakibatkan masa depan kita dalam profesion tentera makin terganggu.. Nak follow kursus susah, nak naik pangkat susah, nak naik gaji pon susah. Semua la susah nak naik kecuali satu benda, berat badan. Kalu dah sakit-sakit, berat badan memang senang nak naik, benda ni dah jadi dah kat guwa..

Guwa bukan la anti-sportman, tapi kalu ang pa nak main sukan tu, maen la dengan berpada-pada. bak kata orang lama, ‘kerja jangan main-main, main pon jangan main-main’..

Cium pon jangan main-main. (gambar nak bagi gempak)


p/s : guwa dengan Mr. S dah jadi mangsa, harap ang pa semua beware k.. best of luck~~

Jul 18, 2011

UncleB's Post : Aku... lama tak jumpa readers~~


Selesai solat maghrib. Sembang-sembang dengan geng DE seraya menunggu waktu Isya’, guwa menerima mesej dari kawan lama yang blaja jauh di negara orang, sorang bakal doktor yang cukup sifat dan cukup sihat, hahahaha~~(guwa gelak kecik masa type sentence nih)



“Bukan maen pailang lu punya blog uncleB, kutuk2 lu punya profesion, apekehal? Lawak gak la lu ni ea.. tapi lama tak hapdet blog takdak guna bro, hapdet la..” Macam tu la sikit sebanyak bunyi mesej dia.


Betol gak apa yang dia kata, dah berzaman guwa tak hapdet kami punya blog. Geng-geng DE yang laen pon buat bodo je dgn blog ni, apa depa dah tak ingat kot yang depa ni ada blog, guwa pon tak pasti.. Sekali guwa sound satu bilik~~

“Ape cer blog kite geng? Sape ade entry baru nak post, angkat tangan...”

Seme geng-geng DE angkat tangan kecuali Mr. S yang tengah khusyuk semayang. Semayang dah la duduk atas kerusi, ni mesti sebab injured dek kena tackle mase maen bola petang tadi, aihh~~

“Abeh, apa lagi.. Post la bro, takkan nak tunggu guwa nak tolong detail satu-satu” ayat sedikit marah terpacul keluar dari mulut guwa. Tegas seketika.

“Kami bukan taknak post bro, tapi kami malas nak taip je.. malas bro.. Crite memang kami ade untuk buat story” Mr. S yang baru lepas semayang terus memberi respon atas teguran guwa. Aik? Ape jadah semayang macam tu. Lepas semayang terus bagi respon. Kantoi tak khusyuk semayang..

Malas guwa nak berkelahi dengan depa, guwa terus amek langkah kanan untuk buat post baru..


Amek laptop dalam locker yang dah sebulan absent..

Turn On...

Tunggu loading 2,3 minit..

Then insert password..

Password?

............

Damn, lupa lagi password laptop guwa.. Apa guwa dah makan air ade semut ke hapa..


*                                     *                             *                             *                             *

Bukak laptop Zorro, guwa post entry ni.. Sakit hati~~

p/s : Serius, lepas guwa habis tengok citer ciri Nora Ellena ni, guwa akan fokus dengan blog ni. Aci potong kuku. :P


May 27, 2011

UncleB's Entry : Guwa, FYP dan Sekarang

Alhamdulillah...

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga guwa dan rakan-rakan DE habiskan kehidupan baca-baca di 26 Melayu. 6 bulan akan datang pula telah menanti guwa dan rakan-rakan DE untuk dibimbing menjadi seorang pemimpin bercirikan ‘leaders of character’ bak kata Dato’ Zulu.

Alhamdulillah....

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana final year project guwa telah siap sepenuhnya, telah dihantarkan kepada mama dan dia approve.. lega hati eden~~.. Selama 2 sem guwa pulun otak nak bagi benda alah tu ber’transform’ dari kertas helai-helai kepada buku separa kitab sebijik. Guwa buat 4 copy.. satu untuk fakulti, satu untuk library 26 melayu, satu untuk mama yang tolong selia guwa punya FYP dan satu guwa simpan. Guwa nak bikin pusaka, nak bagi anak cucu guwa tengok, sejakun-jakun guwa boleh jugak siapkan FYP ni, hehehe.. guwa bangga kembang hidung..

Alhamdulillah...

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana last paper guwa boleh jawab dengan tenang, tulus dan ikhlas.. setiap perkataan dan point-point penting yang guwa semadikan di atas kertas jawapan memang guwa yakin dapat memenuhi kriteria yang diperlukan untuk mendapatkan markah penuh.. Semoga Mejar Zulu dapat memberikan markah terbaik kepada guwa. Doakan kawan-kawan!!

Insya Allah...

Guwa dan rakan-rakan DE akan menerima segulung ijazah dalam 4 purnama lagi.. Selepas 4 tahun memerah otak di sini hanya kerana sekelumit ilmu Allah dan segulung kertas cetakan manusia bernama ijazah. Kepada bakal mertua diluar sana, sekarang lu orang boleh la usha line guwa dan rakan-rakan DE, hehehe~~


P/S : Baru tengok Nur Kasih The Movie II, tu berlagak alim tuh, hehehe~~


Apr 30, 2011

UncleB's Post : Aku, Soalan 3 dan Soalan 4...

guwa sedih..

petang tadi lepas guwa gi mengadap cik final exam, soalan dia sikit punya PhD  dia punya susah even guwa ni baru amek degree(PhD ada final exam ke?)

guwa sangat sedih..

lepas abes menjawab soalan sedemikian, guwa gagahkan diri untuk menghantar kertas jawapan separa jawab. Alhamdulillah, walaupun dua soalan essay tu sangat merumitkan kepala, guwa tetap juga berjaya menjawabnya.. Terus ke toilet untuk membuang apa yang patut. seraya terserempak dengan member yang baru sahaja mencilok toyol di premis syaitan tersebut.

"Susah doe soalan exam tadi.."keluh guwa..

"Gila punya susah nak-nak soalan nombor 3 tuh? .."

"Memang semua soalan la suss... Eh, soalan no3?"Guwa gabra.. sejak bila wujud soalan no3 dalam kertas soalan tadi?

"Ko tak jawab ke soalan no3 pasal Empayar Rome tuh?"

"Er.. er.. jawab.. aku jawab semua tiga soalan tu.."guwa cover line even hati dah cukup remuk..

"3 soalan? kan ada 4 soalan semua yang perlu kita jawab.."

"Erk!!!!"wadafak!!!??

Guwa takdak mood dah nak hapdet blog dalam sehari dua ni, emosi terganggu... maaf kawan2.. :(

Guwa sekarang..(lakaran oleh Zorro)

p/s : guwa harap lecturer guwa dapat baca entry ni... kasihanilah guwa~~

Apr 27, 2011

Zorro's Post : Hakim tidak bertauliah


“The most difficult thing to write an essay is the 1st word”. Yes, ya dan setuju. Bagi aku, aku setuju dengan ayat tersebut memandangkan aku perlu memikirkan selama lebih setengah jam untuk memikirkan perkataan pertama bagi nukilan ini. Namun, setelah ayat pertama habis ditaip, lazimnya kita akan berterusan menaip, menulis perkara selanjutnye dengan berterusan tanpa tergagap-gagap. 



Mengapa aku menulis ayat pertama dalam bahasa asing ataupun inggeris? Ini disebabkan apabila kita membaca sesuatu pepatah, kita akan lebih mengagumi dengan pepatah yang disebutkan oleh tokoh-tokoh luar negara. Mengapa? Ok. Cuba lihat kembali pepatah tersebut di dalam bahasa ibunda. “Benda yang paling susah untuk menulis sesebuah karangan adalah perkataan pertama”. Apa pandangan anda? Mungkin masing-masing berbeza, namun bagi aku ianya agak biasa. Mengapa? Bagi hal ini, aku serahkan kepada yang lebih pakar untuk tentukan.



Ok. Aku di sini cuba untuk menggunakan bahasa baku ataupun bahasa melayu tinggi seperti yang diperlukan untuk menulis karangan ketika menjawab peperiksaan SPM di dalam subjek bahasa melayu. Mungkin bahasa ini lebih difahami ataupun senang dibaca, aku pun tidak mengetahui. Aku cuma mahu mencuba keupayaan aku dalam  menulis karangan berbahasa melayu tinggi.



Memandangkan tajuk yang telah di taip adalah Hakim Tidak Bertauliah (HTB), maka aku akan bercerita tentang apa, siapa, bagaimana, mengapa dan di mana yang disebut tentang HTB ini.



HAKTIAH stands for HAKim TIdak bertauliAH. Ok, aku dengan ini memandai-mandai mereka sebuah singkatan untuk golongan ini. Ini tidak mengapa kerana ianya menyenangkan aku untuk menaip dan juga memudahkan pembaca untuk membaca membuatkan kita di dalam menang-menang situasi (win-win situation).


Aku sebenarnya belum memulakan pendahuluan untuk karangan ini yang berkisar tentang HAKTIAH. HAKTIAH merupakan manusia yang termasuk dia, mereka, kami, kita dan juga kamu,kau, engkau, ekau, mu. Ya,kamu. Kamu yang sedang membaca penulisan ini. Namun jika kamu adalah hakim di salah sebuah mahkamah di negara ini, maka kamu terkecuali. Tetapi yang lain, aku tekankan kembali, kamu juga termasuk dalam golongan HAKTIAH ini.




Ini terjadi apabila kita menilai seseorang mengikut pemahaman pikiran fikiran kita sendiri. Menilai dengan menggunakan pengalaman yang pernah kita lalui ataupun dengan fikiran kontemporari manusia pada hari ini. sebagai contoh:
Apabila kita terlihat seorang lelaki dan seorang wanita sedang berjalan di taman bunga. Apa penilaian kamu? Lazimnya orang akan berfikir bahawa mereka merupakan pasangan kekasih. Tidakkah kamu terfikir mungkin mereka berjiran sesame sendiri? Ataupun terjalan bersebelahan? Mungkin tidak, disebabkan tiada sesiapa akan memikirkan dengan lebih mendalam kerana tidak ada sebab untuk kamu mengetahui dengan lebih lanjut, malahan tidak memasuki skop kehidupan kamu.


Bagaimana pula jika kamu terlihat seorang wanita menangis bersebelahan seorang lelaki? Menjadi kebiasaan untuk kita memikirkan bahawa mereka bergaduh sehingga lelaki itu menjadi punca wanita itu menangis. Malahan tidak keterlaluan jika kita memikirkan bahawa lelaki itu seorang yang dayus, memasang wanita lain, mencipta alasan untuk memutuskan hubungan dengan wanita itu ataupun lelaki itu tertangkap terlanjur dengan wanita lain sehingga menyebabkan wanita itu menangis. Bagaimana jika lelaki itu sedang berusaha untuk memujuk wanita tersebut disebabkan wanita itu bergaduh sesame teman lelakinya yang bukanlah lelaki bersebelahannya? Masih tidak memasuki skop kehidupan kamu?



Ok. Bagaimana jika ketika kamu sedang memandu kereta, kamu dipotong oleh seorang lelaki yang memandu motosikal dengan lagak berbahaya. Selalunya mulut akan beraksi paling pantas dan cemerlang ketika ini. “haiwan haram! Kemaluan wanita! Tidak cerdik! Punye budak..” ayat atau perkataan ini selalunya terpacul keluar dari mulut menggambarkan kemarahan kamu terhadap penunggang motosikal tersebut. Walhal, terdapat juga kemungkinan bahawa penunggang motosikal tersebut sedang mengejar masa mendapatkan ibunya yang sedang terlantar menunggu masa melahirkan zuriatnya.


Bagaimana pula di situasi yang sama, Cuma yang berbezanya adalah penunggang tersebut merupakan seorang lelaki berumur memakai serban dan berbaju melayu berkain pelikat. Bagaimana reaksi kamu di saat ini? Paling ganas pun, lazimnya orang biasa akan menyebut, “eh pak cik ni, eh orang tua ni,da xsabar nak meninggal ker?”. Ini disebabkan mungkin kita beranggapan bahawa pak cik tersebut sedang mengejar waktu untuk menunaikan solat, walhal ketika itu sudah menunjukkan jam 2200. Dan mungkin juga pak cik tersebut mengejar masa untuk menonton rancangan gusti di kedai kopi berdekatan.  


Apa yang hendak diceritakan oleh aku di dalam tulisan aku ini adalah kebanyakan manusia pada hari ini menilai sesuatu dengan kehendaknya sendiri. Baik ataupun buruk penilaian tersebut, bergantung kepada akhlak insan tersebut. Baik akhlaknya, baiklah sangkaannya. Bagaimana dengan kamu?


Tepuk dada,
Tanyalah selera,
Mahu makan apa,
Terpulang pada yang ada.


p/s:“Judge a person by their questions, rather than their answers”


Kenal Susan Boyle? So, kamu akan tahu pengertian don't judge a book by its cover jika kamu tonton ini...




UncleB's Entry : Guwa, Carry Mark dan Final Sem

Hari ke 4 guwa lalui musim final exam di 26 Melayu.. 3 paper yang sudah lepas mampu buat guwa dah takdak mood nak study untuk persediaan paper yang seterusnya.. Emosi guwa sedikit terganggu tatkala lecturer mula memaparkan carry mark yang depa bagi kat guwa.. sikit punya rendah guwa punya carry mark, takdak satu pon yang cecah 50>. seme main dalam 35-46. Carry mark macam 'hidup segan, mati tak mahu' ni dah cukup buat guwa rasa nak tanam anggur je lepas dapat ijazah ni. aih... (-_-)"



Berpeluh ketiak guwa, 10%  je carry mark?


Nasib baek la guwa ni PEGAWAI KADET yang dah ofkoz dapat keje pasni. takdak la nak pikiaq pi bulat2 surat khabar kat bahagian 'Jawatan Kosong' semata-mata nak pi cari kerja kat bumi malaysia ni, hehehe..








Kepada sesapa yang tengah baca blog guwa ni, doakan la agar kami enam sekawan yang tengah menduduki final exam untuk final sem ni. doakan juga kejayaan semua member kami yang tengah memerah otak dan keringat untuk siapkan final year project.. Salam Kejayaan!!


Doakan kejayaan kita semua!!