CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Mar 27, 2011

UncleB's Post : Aku, Birthday dan Mereka..

Anything can happen in 26 Melayu...


28 Feb 11, 2330H. Guwa tengah asyik melayan karenah cik FYP(final year project) yang makin hari makin celaka perangainya. Bermula dari bab 1 yang boleh dianggap senang hingga ke bab 4, ibarat bagai melayan 4 orang isteri dalam satu masa, cukup pedih dan menyeksakan otak. Tahap morale = 1 star.

Nak getting lagi, FYP lagi, aihh...


*                   *                          *                        *                    *



1 Mac 11, 0001H. Encik fesbuk dibuka, telah terdapat beberapa orang sahabat yang dah wish birthday kat guwa. Perasaan gembira berbaur sedikit 'fuck up' dalam diri tatkala membaca post yang ibarat ingin mengutuk guwa pada ulang tahun ke22 dalam bumi Allah ini. antaranya seperti berikut.

"Eh, aku rasa birthday ko dah lepas? awat boleh celebrate lagi ni? ang ni gila publisiti la uncleB.."

"Patut la aku rase suwey je hari ni, birthday ang rupanya, hahaha! takdak mood nak buat assignment"

dan yang paling guwa rase sangat celaka...

"Hari ni (1st March) dijangka bangkitnya Dajjal dan sekutunya, beware my friends.."

Urgh~~ sangat b***s**t depa pedajal fesbuk guwa. kadang-kadang rasa taknak ngaku member pun ade, hehehe. tapi masih ramai yang wish dengan cara yang elok kepada guwa,. thanx to all relatives and fellow comrades! Tahap morale = 4 star.


*                     *                           *                       *                  *

1 Mac 11, 0030H. Masih runsing dengan cik FYP. Duedate dah tak lama, lagi sebulan dah kena hantar kat 'mama', Sigh~~... tengah guwa asyik confuse berkenaan dengan cik FYP, tiba-tiba dunia ini gelap. guwa cuba bersuara, tapi tak dapat, mulut ditutup oleh sesuatu. Cuba untuk bergerak, tapi seakan tubuh ini telah dipegang oleh sekumpulan jasad yang sangat kuat dan tegap. Apa kejadah semua ini? takkan la masa guwa pening dan settlekan FYP pun encik Jin boleh steady je nak datang tindih guwa? guwa ingat tragedi ni hanya berlaku masa kita tengah tidur je? seketika guwa kaget.

Terasa diri diangkat ke suatu tempat yang sejuk ruang atmosferanya. guwa dihumban ke satu sudut ruangan itu. seketika itu guwa tidak perasan bahawa guwa telah diikat tangan dan kaki. mata dan mulut telah dibalut dengan sesuatu yang lekit rasanya, black tape mungkin. ketika itu juga guwa rasa guwa telah disimbah dengan satu cecair yang sangat busuk baunya, air longkang?. Ya Allah, adakah ini bala yang guwa dah dapat pada waktu malam2 cenggini? otak masih ligat berpusing dan berfikir, apakah yang telah berlaku sekarang dan apakah yang akan berlaku seterusnya.

Seketika, otak guwa menyatakan firasat bahawa member-member battalion guwa yang dah pedajal guwa atas sebab hari ni birthday guwa.. Oow, baru guwa ingat bahawa ini adalah tradisi batch kami menyambut hari ulangtahun sahabat mereka, hahaha! hati guwa mula gelak kecil tatkala jasad ini 'dirogol dengan rakus' oleh sahabat sendiri. guwa dapat rasa perut guwa di spray dan bijian crespo hinggap atas badan guwa. Saat paling getir berlaku tatkala mereka membuang bulu ketiak guwa secara paksa. sangat pedih, sakit dan sadis ketika itu. Dalam banyak-banyak part kat tubuh guwa, ketiak jugakla mereka nak rogol, s**t punya member.


*                *                *                 *                 *


1 Mac 11, ....H. Entah berapa lama dah guwa duduk kat situ. Pesta 'meratah tubuh' dah lama berakhir tetapi ikatan pada badan masih belum terbuka. mata ditutup rapat, hanya mulut telah dibuka untuk memudahkan proses pernafasan. seketika kemudian datanglah hamba Allah yang baik budi pekertinya meleraikan ikatan pada tubuh guwa. Ya, dialah antara salah seorang member yang concern pasal guwa, Gestapo.

"Ang ni busuk la, pi mandi nuh, hahaha"

"Oow, macam ni ang pa celebrate birthday aku. tak pa, tak pa.. ada lori ada bas, ada hari aku balas."

kami berdua bergelak panjang pagi tu(ya pagi, dah pukul 0230H time tuh) sambil menyental badan guwa yang telah merah di spray oleh cat. pedih. Tahap moral = 5 star.


*                *                     *                    *                     *


By the way, bukan guwa je yang kena pedajal macam ni, tapi hampir semua ahli batch kami melalui proses yang sama. seakan sebuah tradisi yang mengeratkan hubungan kami bersama. di sini guwa akan state beberapa pic yang mungkin sekarang tidak akan membri impact yang besar pada kita tapi mungkin pada 10,20 tahun akan datang akan menjadi sebuah memori yang sangat manis dikenang. Di kesempatan ini guwa nak ucapkan, thanx to all of my friends who's willingly wish my birthday. Best of luck comrades!!

Sahabat, terima kasih. Keluarga, terima kasih. Allah, terima kasih..





credit to mr. Black and members about this pic. No offense..

p/s : even dah lama citer ni, tapi still nak post gak. :P

Mar 21, 2011

UncleB's Post : Aku, Cuti dan Gaji..

Hanya ada dua benda saja yang biasanya akan memotivasikan kami(kadet) untuk terus stay dalam not-so-military-life ni. 1st, benda yang sentiasa akan muncul setiap bulan dan dianggap sebagai satu hak bagi kami iaitu GAJI!! Haa.. pantang je hujung bulan, depa ni mula la laju bukak website maybank2u berbanding pada waktu biasa yang selalunya depa akan bukak facebook. Bila nampak angka yang baru muncul dalam website tu, depa mula la start pikiaq macam mana nak habeskan duit-duit tu, aih.. kadet2..


Even guwa bukan la kadet, tapi guwa tetap kaya, hahaha



Guwa ingat lagi masa 1st tyme guwa dan geng2 dapat gaji masa tahun asas dulu. Tak silap guwa, kami dapat tunggakan 3bulan sebanyak rm3200++ lepas tolak dengan mess bill+ASB segala bagainya lagi.. Pergh.. memang tahun tu kami celebrate raya puasa kaw-kaw mengalahkan kakitangan awam yang lain. 

Add caption


Bonda guwa pon turut sama happy sebab dia sendiri pon dapat merasai penangan ‘rezeki’ yang guwa nikmati time tu. tyme anak laki dia bagi duit raya not biru 10 keping kat dia, berkaca jugak mata bonda menyambut sampul duit raya dari guwa, kembang jugak la lubang idung ni seinci dua, hehehe... Tapi, dan-dan pulak tyme tu dia demand nak benda-benda lain nanti guwa dah start keje ni. Nak rantai mas la, nak gi naik gunung kinabalu la(yang ni sangat la mustahil bagi sorang pompuan yang dah ber’title’ nenek) dan last sekali guwa silap ‘berjanji’ nak bawak dia pi melancong ke turki sebelum guwa kahwin.. botak gak la kepala ni nak fikir demand dari bonda kesayangan ni. Ada rezeki, ada la tu bonda, doa-doa jer la...


Sekadar Hiasan


2nd thing yang telah berjaya mendapat ranking motivasi dihati kadet, tidak lain tidak bukan adalah CUTI!!! As you know, kadet ni jarang sangat dapat cuti. Kalau nak dibandingkan dengan student universiti luaq, memang contra la hidup kami dengan depa. Paling koman, budak-budak u luaq akan boleh merasai hari tanpa gangguan kelas dan lecture pada waktu hujung minggu. Paling busuk pon, depa ada la waktu untuk keluaq berpoya-poya dengan cik awek masing-masing, jalan-jalan kat mall, pi main futsal dengan member-member lama ataupun menghabiskan fulus dengan membeli mekdi untuk dimakan bersama cikaro-cikaro ibukota. Oh, guwa sangat over!





Tapi, kalau kadet punya life. We’re very appreciate with our holiday even we’ve just got overnight. Saat dapat leave pass yang dah di’sign’, pergh.. macam dah melangkah ke syurga dunia dah guwa rasa. Lebih-lebih lagi kalu tang tu time nak tunggu dapat leave pass raya puasa, memang menitik la ayaq mata lepas dapat keluaq dari kem., Syahdu gila bai.. Ahh. Cakap banyak pon tarak guna. So, meh kita tanya apa kata mereka tentang cuti..


Emy Khas :  Cuti itu best. Boleh pi cuci mata..

Zorro : Cuti itu keletihan yang menggembirakan. Cukup best bila aku bangun lambat, makan bila-bila masa ja, time makan boleh pakai seluaq pendek, tak perlu beratur untuk amek makanan. Tapi, yang paling best, risiko untuk kena taji(military learning process) takdak!

Rambo : Xtau aku nak cakap apa. Tapi time cuti aku dapat jumpa family! Cuti itu jugak dapat mengeringkan poket.

Gestapo : Cuti itu xdak papa. Aku askar!

Mario Ozawa : Cuti? Apa tu? Aku hari-hari cuti, hahaha!!!

Kayzpeeer : Aku ngantuk la uncleB.. No komen.. (aku tanya dia masa dia tengah mamai..)

Depend la atas pendapat depa sendiri. Sebab masing-masing ada aktiviti masing-masing masa cuti depa. Ada yang well prepared dan dah plan baik-baik, maka syok la cuti depa.. tapi kalu orang yang tak pernah amek tahu pasal cuti ni, alamatnya memang aktiviti weekend depa kat pekan sungai besi, Bandar Tasik Selatan, dan area-area yang berdekatan je. Dan guwa adalah insan golongan tersebut.. Aih... (-_-“) Selalu sangat guwa tahu pasal cuti ni last-last minute. Arahan cuti adalah kena tinggalkan  Alih-alih je, junior platun dah antar leave pass kat bilik guwa. Mula la kita kelam kabut nak baush baju la, simpan bilik la, nak packing baju-baju civillian segala bagai dalam beg dan last sekali, buat pentadbiran meninggalkan kem, leceh bai buat benda alah tu semua lebih-lebih lagi time ang pa tak predict akan dapat cuti. Pihak atasan just tahu, bila tiba masa, semua kadet kena berbaris kat dataran sebelum kami semua dilepaskan.. so, that is military life is all about..





Tapi, semua ni sebenarnya ada jugak bagi pengajaran/pembelajaran kat kami semua. Bukan depa saja-saja je nak bagi last minute order kat kami, tapi dengan kaedah ‘lat minute order’ la kami akan hadapi bila kami masuk unit nanti. Cuba ang pa pikiaq jika kat malaysia ni diisytihar darurat satu hari nanti, banyak benda yang unpredictable akan berlaku lebih-lebih lagi bila ang pa kena posting kat red zone. Anak buah ang injured la, tiba-tiba ahli platun ang ilang la, musuh masuk camp site la... macam-macam lagi benda yang depa nak ajar kadet-kadet semua macam mana depa akan handle situasi tu lebih-lebih lagi bila waktu darurat dan perang. 

band of brothers..


p/s : La ni bz dengan FYP la bro, sorry lama tak apdet...