CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nov 9, 2010

UncleB's Entry : Aku, 2nd Paper dan Cik Hotel

2nd paper accomplished, Alhamdulillah..


......الحمد لله


Allah dah permudahkan urusan guwa dan classmates sekalian dengan soalan yang not-so-hard sangat. Even bila kami bincang dengan otai 3DRM(afifi sabri), ada jugak la yang salah sebijik dua..


Pedulik hapa guwa! janji azab ke2 dah lepas.. tunggu jer la azab seterusnya..






By the way, thanx Lt. Col. S. Alpha for your kindness to teach us about peacekeeping management. We're really appreciate about what have you done to us especially bout trip to N9. thanx sir!(carma uncleB, carma lagi!! hahahaha)






Sedang kami semua bincang pasal paper tu kat gazebo depan blok jebat, guwa terperasan Kompeni Major Sergeant Kasturi* iaitu cik Hotel baru keluar dari pejabat dan meluru ke motornya. dia perasan guwa tengah usha guwa dan terus dia panggil guwa.


"Ya cik, ada apa-apa ke cik panggil saya ni?"


"Ha, saya dengar CO** panggil awak kelmarin? pehal?"


"Ouh.. pasal insurans cik, tak settle2 lagi nih, hahaha" guwa buat gelak-gelak mesra..


"Oww.. saya ingatkan dia nak tegur pasal badan awak? saya tengok sekarang ni awak da makin bulat pulak, exercise la sikit.."tegur cik.


Guwa pandang cermin kereta sebelah tempat kami berbual. Oh, memang guwa dah makin bulat. ya, sangat bulat!


"baik cik!"tuntas guwa pantas mengiakan permintaan cik.


"Ok, petang ni kita jogg sama-sama.. saya pon nak shape balik badan saya ni, hehehe"


"Indeed, petang ni ye cik"


"Ok. Eh, saya nak gi amek anak saya balik skolah ni. kita jumpa petang nanti.."


"Baik cik.." Guwa habiskan dialog kami kat situ seraya terus ke mess bersama Pidah the Robot and Bemaq, member study guwa.




Niat guwa buat entry ni nak suruh ang pa semua bagi moral sikit kat guwa ni supaya jaga sikit diet tu.. kalu jumpa guwa kat cafe tengah melantak tak hingat dunia, sudi-sudikan la menegur guwa ea.. tapi jangan la direct sangat cara tegur tuh, hehehe..




p/s : To all readers, do pray for our exam and my workout! Gambatte!!


Baju merah, mungki itu guwa..




*CO means Commanding Officer. Boleh la nak kata macam Dekan, cuma part military Academy.


**Kompeni Sergeant Major ni seingat guwa macam seorang yang menjaga Pentadbiran sesebuah kompeni.. macam tu la kot, guwa pon kurang tahu pasal ni..



Nov 8, 2010

Uncle B's Entry : Aku, mereka dan Exam..

Salam isnin buat readers sekalian.. Sorry la sebab lama tak update entry, guwa and the geng tengah dalam mood exam..



Sorry jugak guwa ucapkan kat brader2 DE yang laen.. dah lama guwa tak lepak kat markas. takdak niat lain melainkan guwa nak fokus masa study ja.. Ang pa semua kan tahu yang brader2 guwa semua ni budak2 strategik, guwa pulak mamat logistik.. mane nak ngam kalu nak study group dengan depa same-same(mr. In tolak tepi, dia brader computer science yg kesepian, hahaha). 


Plus, kalu guwa pi markas pom, sah-sah guwa tak study.. dengaq depa semua buat lawak doplopatjam, tak terputus urat tekak nak tergelak. ilmu pon start la kluaq dari dalam hati slow2.. otak yang dah lembap pon, kian la lembap, damn..


erti facebook yang sebenar


Tapi apa2 pon, jiwa guwa senantiasa berada kat DE..

bila guwa nak berkarya,     guwa pi DE
bila guwa lapaq,                  guwa pi DE
bila guwa sedey,                 guwa pi DE
bila guwa nak tacim2 sikit, guwa pi DE.

DE, forever in my heart...

~Baru lepas tengok carekarama Dunia Batinku, rasa nak tacim2 pulak~

wajib tonton kepada brader2 yang malas nak balik kampung


p/s : Buat beloved readers sekalian, doakan kejayaan brader2 DE k. Target biskut biru sem depan!! Chow~

Nov 7, 2010

kazpeeer entry: makan x abis kadet.....

tajuk nie aku dapat idea dari yaccop, ssjn batalion aku... hahaha

mase dulu...
ibu bapa kite mesti de ckp....
"adik... belajar rajin2... besar nanti boleh jadi doctor, lawyer.. bley tanggung mak dan abah...."
mase tu mcm2 jwpan kite bagi...
namun dalam usia yang da meningkat nie...
bagaimana situasi kita dan ibu bapa kita?
berapa banyak masa kita luangkan untuk ibu bapa kita?
mampukah kita menjaga mereka sebagaimana mereka menjaga kita?

jika kita datang dari keluarga yang kurang berada, sedarlah...
sejauh mana kita berjaya, kita xkan berjaya sekiranya tanpa ibu dan bapa...
sejauh mana kita berjaya, kita xkan bahagia tanpa ibu dan bapa...
sejauh mana kita berjaya, kita xkan senag tanpa ibu dan bapa...

dalam sehari....  berapa kali kita ingat ibu bapa kita? (soalan diri saya kepada diri saya dan pembaca)

mak dan abah kat rumah mkn apa?
mak dan abah kat rumah sihat selalu ker?

barbalik pada topik, apa yang saya nak sampaikan sebenarnya bagaimana keadaan hidup sepasang ibu dan bapa yang susah,

walaupon anak2nyer berjaya mencapai cita2, bergaji besar, da de isteri dan anak,
sesetengah mereka(ibu dan bapa) masih bekerja keras untuk mendapatkan sesuap nasi... tanpa mengharapkan sedikit bantuan dari anak2 mereka yang berjaya.... (percaya atau tidak.... terpulanglah..)

mereka lebih suka mengerjakan hasil titik peluh mereka untuk dinikmati bersama keluarga..
saya percaya, mmg susah untuk seorang anak yang bekerja, bekeluarga, jauh dan sentiasa sibuk bagi makan bersama keluarga, ataupon meluangkan sedikit masa untuk mereka...

tapi,
pernah ke ibu dan bapa kita selalu jer sibuk dan tidak dapat meluangkan masa dan tenaga untuk kita?
jika saya,
saya akan menjawab....
"tidak pernah, kerana buktinya saya cukup makan, minum, dapat bersekolah, menyambung pengajian, dan yang penting saya hidup"

begitu sayangnya ibu dan bapa kita,

sudah lama saye pikir,
jika saya di KL,
mak n abah kat kampung,
dah meningkat usia,
siapa yang nak mengusahakan ladang kelape sawit?
sape yang nak uruskan?

kenapa mentaliti budak sekolah dah di set untuk jadi golngan professional? (doctor, lawyer, lecturer...ect) siapa yang nak bangunkan hasil2 negara pada masa akan dtg?
siapa yang nak mengerjakan sawah? 

mengerjakan kebun buah? 
mengait kelape sawit?
menoreh getah?
perlu ke kita import mknn pada masa akan dtg?
perlu ke kita mengambil pekerja asing? (soalan ini dah lama mengusut fikiran anak peneroka seperti aku) 


bley x sape2 bagi pendapat, cadangan, kritikan?

Nov 6, 2010

Gestapo's Entry: 21 tahun

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

~inilah nukilanku~ untuk Double Eleven

Sedar tidak sedar, usiaku telah mencecah 21 tahun. Sudah melangkah ke alam dewasa yang memerlukan kesedaran mengenai tanggungjawab. Bukan lagi sekadar tanggungjawab kepada pengajian akademik dan keluarga semata-mata, tetapi telah merangkumi tanggungjawab kepada agama dan negara. Skop tanggungjawab kita lebih luas dan dinamik. Memang kesedaran ini sepatutnya terpancul dari jiwa sejak akil baligh lagi, tetapi dengan usia 21 tahun inilah baru kita lebih matang dan boleh berfikiran dengan lebih luas dan jauh. Berdasarkan Perlembagaan Malaysia, dalam Perkara 119(1) menyatakan seseorang warga Malaysia berumur 21 berhak untuk  membuat keputusan memilih kerajaan melalui pilihanraya.


Kita perlu sedar, tanggungjawab untuk memilih kerajaan bukan suatu perkara yang boleh diambil mudah. Kerana kita perlu sedar, kerajaan itulah nanti yang akan mencorakkan struktur sosial dan kehidupan rakyat melalui undang-undang, memajukan ekonomi rakyat dan sebagainya.Selain itu  kerajaan yang dipilih itulah yang akan membina dan membentuk pemikiran kita dan anak-anak kita melalui sistem pelajaran yang diterapkan ke dalam minda seawal berumur 7 tahun di sekolah-sekolah hinggalah ke peringkat universiti. Kerajaan itulah juga yang menjaga keselamatan kita, bukan sahaja keselamatan dari aspek ketenteraan, namun keselamatan dari aspek keagamaan, hubungan antra kaum, nilai-nilai moral,jati diri, alam sekitar dan sebagainya. Kesimpulannya, kerajaan yang bakal dipilih itu, akan membentuk satu sistem yang mencanang kehidupan kita di dunia ini.


Dengan hujah-hujah di atas, jelaslah kepada kita bahawa dalam memilih sesuatu kerajaan bukanlah sesuatu yang boleh dimain-mainkan, dilekehkan dan tidak di ambil peduli langsung. Kita perlu berhati-hati dalam memilih parti yang akan menerajui kerajaan. Kita perlu menganalisa dasar-dasar yang dibawa oleh setiap parti politik disamping melihat cara dan komitmen pemimpin-peminpin setiap parti politik dalam menjunjung dasar parti. Kerajaan sekarang adalah dari Barisan Nasional yang meliputi pelbagai parti yang kebanyakkan berteraskan kaum seperti UMNO, MCA, MIC dan komponen-kompenen kecil di Sabah dan Sarawak. Parti Keadilan Rakyat(PKR) , Parti Islam Semalaysia (PAS) dan DAP merupakan parti-parti pembangkang yang terbesar di Malaysia yang sekarang dibawah satu payung dinamakan Pakatan Rakyat (PR).  


Bagi saya,di samping masalah-masalah sosial yang kian meruncing, Negara Malaysia sekarang sedang menghadapi satu masalah yang lebih besar dan berbahaya jika tiada jalan penyelesaian dari sekarang. Kita dapat lihat golongan muda sekarang ini lebih mengelak dari mengambil tahu tentang keadaan politik negara.  Jika pemikiran seperti ini tetap dibiarkan, apa akan terjadi 5,10,20 tahun yang akan datang? Adakah generasi akan datang adalah generasi yang kurang prihatin tentang tanggungjawab terhadap agama dan negara?


Memang sikap golongan muda lebih untuk memberontak, jika ada salah silap yang dilakukan dalam arena politik negara, golongan muda akan mudah melenting dan membenci. Mereka akan terus membenci tanpa mengkaji terlebih dahulu secara mendalam apakah sebenarnya yang berlaku dan punca berlakunya keadaan itu. Kebanyakkan mereka juga hanya menerima sumber dari akhbar, televisyen dan sebagainya yang berkemungkinan dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu. Dengan kebencian yang memenuhi pemikiran golongan muda, mereka dengan mudah menolak untuk membicarakan apa-apa tentang isu politik dan menyempitkan pemikiran mereka dengan menyatakan politik itu “kotor”. Golongan muda akan terus menyerahkan tanggungjawab terhadap politik kepada generasi sebelumnya yang berumur sekitar 30 tahun keatas.


Selain dari itu, kita sering dihidangkan dengan perbuatan salah laku oleh pemimpin-pemimpin politik Negara di akhbar-akhbar dan sebagainya. Memang perkara tersebut akan membuatkan kita rasa jelik dan bosan dengan isu-isu seumpama itu. Tetapi kita perlu sedar ianya adalah kerana individu itu sendiri yang gagal memikul amanah yang diberikan kepada mereka mungkin disebabkan oleh faktor harta, pangkat, nafsu dan sebagainya. Kita tidak sepatutnya mempersalahkan parti politik itu kerana tiada parti politik yang mengwajibkan dan mahukan anggotanya terjebak dalam rasuah, pecah amanah, penipuan dan sebagainya. Adakah kita dengan mudah menolak tanggungjwab dalam membentuk kehidupan kita hanya kerana salah laku yang dilakukan oleh individu tertentu?Fikirkanlah wahai saudara-saudaraku. Kita sebagai golongan muda sepatutunya mengambil perkara tersebut sebagai iktibar dan berazam untuk membasmi perkara tersebutdari arena politik Negara. Tanggungjawab untuk membersihkan perkara buruk seumpama itu sebenarnya terletak di bahu kita sebagai bakal bakal pemimpin Negara suatu masa kelak.


Tidak dapat dinafikan juga, sejak dari kecil kita sering mendengar golongan dewasa memberi gambaran buruk kepada politik.Ibu dan ayah kita kadang-kadang membicarakan tentang politik di rumah. Bagi keluarga pihak pembangkang akan sentiasa bercakap perkara yang buruk tentang pihak kerajaan dan begitu juga sebaliknya. Sedar tidak sedar, Sejak dari kecil lagi telinga kita dikumandangkan tentang perkara yang negatif terhadap parti-parti politik. Ianya mempengaruhi corak pemikiran kita sejak dari kecil untuk membenci politik. Bahkan ada yang berpendapat politik adalah punca perpecahan di kalangan masyarakat.


Faktor perundangan juga mungkin menjadi punca mengapa golongan muda tidak berminat dalam mendalami dan mengkaji keadaan politik semasa. Perundangan seperti AUKU contohnya yang menghalang golongan muda terlibat dalam mana-mana parti politik dilihat cuba menyekat para pemuda Negara dalam menceburi bidang yang sangat penting ini. Tetapi apabila difikirkan, adakah dengan mengkaji dan mendalami politik boleh membuatkan kita alpa dalam pelajaran? Walhal bagi saya dengan politik kita sebenarnya dapat meluaskan dan mematangkan pemikiran kita. Kita akan disulami dengan semangat patriotisma dengan lebih tinggi dan menguatkan azam untuk membantu membangunkan Negara dari segala aspek.


Wahai saudara-saudaraku, janganlah kita menganggap politik itu tidak penting dan tidak memberi kesan kepada kehidupan kita. Jika kita sebagai golongan muda langsung tidak prihatin tentang politik Negara, siapa lagi yang akan prihatin? Adakah kita mengharapkan orang luar untuk memikirkan haluan masa depan Negara? Wahai saudaraku, walau seteruk mana pun keadaan politik Negara sekarang, kita perlu sedar, tiada lagi orang lain yang akan memperbetulkan dan meluruskan corak pemerintahan Negara selain dari kita sebagai anak-anak Malaysia bumi yang bertuah ini.


Jadi sebagai golongan muda, kita harus memahami dan menerapkan di dalam hati bahawa kita ada satu tanggungjawab yang sangat besar terhadap agama dan Negara. Dalam pemilihan parti politik, kita harus mengkaji dahulu dasar-dasar yang dibawa. Dasar-dasar tersebutlah yang akan mencorakkan pemerintahan Negara kita yang tercinta ini. Semoga nukilan ini dapat menyedarkan saudara-saudaraku yang sedang tidur, bahawa kita ada satu tanggungjawab yang besar ,sebagai  khalifah di bumi ini.

Sekian, Gestapo~

Nov 2, 2010

UncleB's Entry : Aku, bila berfikir pasal kaya..

Baris pagi..

Guwa berkhayal sorang-sorang kat barisan belakang batalion yang sangat sinonim dengan nama 'support platoon line'. guwa pon kurang ngerti  awat depa panggil kami dengan panggilan sebegitu rupa, gila apa?!

Sambil-sambil tu guwa imagine..

"Kalau la aku ada rm3juta sekarang, sah-sah aku keluar kadet, buat bisnes bela ikan keli kat kampung, best jugak!"

guwa tengah berimaginasi kalau guwa jadi kaya serta-merta gara-gara guwa telah selamatkan Mukesh Ambani (Otai India) yang hampir mati tercekik biji durian. Guwa tempeleng kepala dia kaw2, bagi bijik durian tu keluar. Alih-alih dia terselamat dan terhutang budi kat guwa, terus dia bagi rm3juta sebagai tanda terima kasih. Guwa kaya, hahaha!! Oh, indah sungguh imaginasi guwa pagi ni. cukup untuk hilangkan lelah selepas hampir 1 jam berdiri.


*                           *                              *                         *

Kelas..

Minggu ni study week. masa untuk guwa habiskan masa untuk study dan settlekan PSM(rujuk entry ini). Tapi, guwa masih terfikir pasal hal 'kalau guwa sorang yang kaya' tadi, masih belum puas..

"Sape la paling kaya sekarang ni?"


Secara automatik, guwa taip soalan tu kat column Encik Google. Dan keluar la ini..


  1. Robert Kuok, 88. RM32,400 juta
  2. Ananda Krishnan, 68. RM19,723 juta 
  3. Tan Sri Quek leng Chan, 64. RM10,300 juta
  4. Tan Sri Lim Goh Tong, 89. RM9,670 juta
  5. Tan Sri Teh Hong Piow, 77. RM7,554 juta
  6. Tan Sri Lee Shin Cheng, 68. RM6,620 juta
  7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 56. RM4,289 juta 
  8. Tan Sri Lim Kok Thay, 55. RM2,600 juta 
  9. Tan Sri Tion Hiew King, 70. RM2,420 juta
  10. Tan Sri Yeoh Tiong lay, 77. RM1,552 juta
  11. Tan Sri Uncle B, 21. RM1,551 juta.

Ya, kecuali yang nombor 11, yang lain adalah benar belaka..

Alahai, sorang je Melayu? Mana otai-otai Bangsa yang lain? Aih...(-_-")


Fikiran guwa bermonolog lagi..

"Dengan harta yang aku ada sekarang, aku dapat ranking nombor berapa  dalam carta orang paling kaya atas dunia?"

Guwa tanya lagi Encik Google, dan beliau pon menjawab...

857,430,685th person in this world...

Ouh.. Sangat besar angkanya. tapi tak kisah, sebab guwa masih ada dalam ranking, hahaha!!


Bini guwa tengah mandi, yeah..






Ang pa pula dapat ranking nombor berapa? Kira la sendiri dengan guna ini. Boleh challenge guwa?


p/s : Kepada pemiutang guwa semua, jangan risau.. Ada duit guwa bayar hutang ang pa, hehehe...