CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Mar 27, 2011

UncleB's Post : Aku, Birthday dan Mereka..

Anything can happen in 26 Melayu...


28 Feb 11, 2330H. Guwa tengah asyik melayan karenah cik FYP(final year project) yang makin hari makin celaka perangainya. Bermula dari bab 1 yang boleh dianggap senang hingga ke bab 4, ibarat bagai melayan 4 orang isteri dalam satu masa, cukup pedih dan menyeksakan otak. Tahap morale = 1 star.

Nak getting lagi, FYP lagi, aihh...


*                   *                          *                        *                    *



1 Mac 11, 0001H. Encik fesbuk dibuka, telah terdapat beberapa orang sahabat yang dah wish birthday kat guwa. Perasaan gembira berbaur sedikit 'fuck up' dalam diri tatkala membaca post yang ibarat ingin mengutuk guwa pada ulang tahun ke22 dalam bumi Allah ini. antaranya seperti berikut.

"Eh, aku rasa birthday ko dah lepas? awat boleh celebrate lagi ni? ang ni gila publisiti la uncleB.."

"Patut la aku rase suwey je hari ni, birthday ang rupanya, hahaha! takdak mood nak buat assignment"

dan yang paling guwa rase sangat celaka...

"Hari ni (1st March) dijangka bangkitnya Dajjal dan sekutunya, beware my friends.."

Urgh~~ sangat b***s**t depa pedajal fesbuk guwa. kadang-kadang rasa taknak ngaku member pun ade, hehehe. tapi masih ramai yang wish dengan cara yang elok kepada guwa,. thanx to all relatives and fellow comrades! Tahap morale = 4 star.


*                     *                           *                       *                  *

1 Mac 11, 0030H. Masih runsing dengan cik FYP. Duedate dah tak lama, lagi sebulan dah kena hantar kat 'mama', Sigh~~... tengah guwa asyik confuse berkenaan dengan cik FYP, tiba-tiba dunia ini gelap. guwa cuba bersuara, tapi tak dapat, mulut ditutup oleh sesuatu. Cuba untuk bergerak, tapi seakan tubuh ini telah dipegang oleh sekumpulan jasad yang sangat kuat dan tegap. Apa kejadah semua ini? takkan la masa guwa pening dan settlekan FYP pun encik Jin boleh steady je nak datang tindih guwa? guwa ingat tragedi ni hanya berlaku masa kita tengah tidur je? seketika guwa kaget.

Terasa diri diangkat ke suatu tempat yang sejuk ruang atmosferanya. guwa dihumban ke satu sudut ruangan itu. seketika itu guwa tidak perasan bahawa guwa telah diikat tangan dan kaki. mata dan mulut telah dibalut dengan sesuatu yang lekit rasanya, black tape mungkin. ketika itu juga guwa rasa guwa telah disimbah dengan satu cecair yang sangat busuk baunya, air longkang?. Ya Allah, adakah ini bala yang guwa dah dapat pada waktu malam2 cenggini? otak masih ligat berpusing dan berfikir, apakah yang telah berlaku sekarang dan apakah yang akan berlaku seterusnya.

Seketika, otak guwa menyatakan firasat bahawa member-member battalion guwa yang dah pedajal guwa atas sebab hari ni birthday guwa.. Oow, baru guwa ingat bahawa ini adalah tradisi batch kami menyambut hari ulangtahun sahabat mereka, hahaha! hati guwa mula gelak kecil tatkala jasad ini 'dirogol dengan rakus' oleh sahabat sendiri. guwa dapat rasa perut guwa di spray dan bijian crespo hinggap atas badan guwa. Saat paling getir berlaku tatkala mereka membuang bulu ketiak guwa secara paksa. sangat pedih, sakit dan sadis ketika itu. Dalam banyak-banyak part kat tubuh guwa, ketiak jugakla mereka nak rogol, s**t punya member.


*                *                *                 *                 *


1 Mac 11, ....H. Entah berapa lama dah guwa duduk kat situ. Pesta 'meratah tubuh' dah lama berakhir tetapi ikatan pada badan masih belum terbuka. mata ditutup rapat, hanya mulut telah dibuka untuk memudahkan proses pernafasan. seketika kemudian datanglah hamba Allah yang baik budi pekertinya meleraikan ikatan pada tubuh guwa. Ya, dialah antara salah seorang member yang concern pasal guwa, Gestapo.

"Ang ni busuk la, pi mandi nuh, hahaha"

"Oow, macam ni ang pa celebrate birthday aku. tak pa, tak pa.. ada lori ada bas, ada hari aku balas."

kami berdua bergelak panjang pagi tu(ya pagi, dah pukul 0230H time tuh) sambil menyental badan guwa yang telah merah di spray oleh cat. pedih. Tahap moral = 5 star.


*                *                     *                    *                     *


By the way, bukan guwa je yang kena pedajal macam ni, tapi hampir semua ahli batch kami melalui proses yang sama. seakan sebuah tradisi yang mengeratkan hubungan kami bersama. di sini guwa akan state beberapa pic yang mungkin sekarang tidak akan membri impact yang besar pada kita tapi mungkin pada 10,20 tahun akan datang akan menjadi sebuah memori yang sangat manis dikenang. Di kesempatan ini guwa nak ucapkan, thanx to all of my friends who's willingly wish my birthday. Best of luck comrades!!

Sahabat, terima kasih. Keluarga, terima kasih. Allah, terima kasih..





credit to mr. Black and members about this pic. No offense..

p/s : even dah lama citer ni, tapi still nak post gak. :P

1 orang buat ketupat:

haFizan anuaR

huhu.. kantoi r aku situkang pemburu birthday boy.. hahaha

Post a Comment