CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nov 7, 2010

kazpeeer entry: makan x abis kadet.....

tajuk nie aku dapat idea dari yaccop, ssjn batalion aku... hahaha

mase dulu...
ibu bapa kite mesti de ckp....
"adik... belajar rajin2... besar nanti boleh jadi doctor, lawyer.. bley tanggung mak dan abah...."
mase tu mcm2 jwpan kite bagi...
namun dalam usia yang da meningkat nie...
bagaimana situasi kita dan ibu bapa kita?
berapa banyak masa kita luangkan untuk ibu bapa kita?
mampukah kita menjaga mereka sebagaimana mereka menjaga kita?

jika kita datang dari keluarga yang kurang berada, sedarlah...
sejauh mana kita berjaya, kita xkan berjaya sekiranya tanpa ibu dan bapa...
sejauh mana kita berjaya, kita xkan bahagia tanpa ibu dan bapa...
sejauh mana kita berjaya, kita xkan senag tanpa ibu dan bapa...

dalam sehari....  berapa kali kita ingat ibu bapa kita? (soalan diri saya kepada diri saya dan pembaca)

mak dan abah kat rumah mkn apa?
mak dan abah kat rumah sihat selalu ker?

barbalik pada topik, apa yang saya nak sampaikan sebenarnya bagaimana keadaan hidup sepasang ibu dan bapa yang susah,

walaupon anak2nyer berjaya mencapai cita2, bergaji besar, da de isteri dan anak,
sesetengah mereka(ibu dan bapa) masih bekerja keras untuk mendapatkan sesuap nasi... tanpa mengharapkan sedikit bantuan dari anak2 mereka yang berjaya.... (percaya atau tidak.... terpulanglah..)

mereka lebih suka mengerjakan hasil titik peluh mereka untuk dinikmati bersama keluarga..
saya percaya, mmg susah untuk seorang anak yang bekerja, bekeluarga, jauh dan sentiasa sibuk bagi makan bersama keluarga, ataupon meluangkan sedikit masa untuk mereka...

tapi,
pernah ke ibu dan bapa kita selalu jer sibuk dan tidak dapat meluangkan masa dan tenaga untuk kita?
jika saya,
saya akan menjawab....
"tidak pernah, kerana buktinya saya cukup makan, minum, dapat bersekolah, menyambung pengajian, dan yang penting saya hidup"

begitu sayangnya ibu dan bapa kita,

sudah lama saye pikir,
jika saya di KL,
mak n abah kat kampung,
dah meningkat usia,
siapa yang nak mengusahakan ladang kelape sawit?
sape yang nak uruskan?

kenapa mentaliti budak sekolah dah di set untuk jadi golngan professional? (doctor, lawyer, lecturer...ect) siapa yang nak bangunkan hasil2 negara pada masa akan dtg?
siapa yang nak mengerjakan sawah? 

mengerjakan kebun buah? 
mengait kelape sawit?
menoreh getah?
perlu ke kita import mknn pada masa akan dtg?
perlu ke kita mengambil pekerja asing? (soalan ini dah lama mengusut fikiran anak peneroka seperti aku) 


bley x sape2 bagi pendapat, cadangan, kritikan?

4 orang buat ketupat:

whiteCempaka

ape kate ko balik je kampung tolong mak ayah? ;D

dari satu sudut pandang, aku setuju ape yg ko fikir..tp dari satu sudut pandang laen, tak salah kalau mereka cuba majukan fikiran anak2 mereka, boleh jadi penoreh/pekebun/peladang yang berilmu, mungkin juge boleh jadi pegawai penyelidik untuk perbanyakkan dan pelbagaikan hasil getah, sawit etc etc..tak semestinye jd doctor, lawyer etc etc..

better la ade mindset sedemikian drpd hanyut dgn duit mak bapak,hidup takde arah tuju kan?

Double-Eleven

kayzpeeer;
tapi kan... mslhnyer... xsmua anka felda yang de kat kwsn felda bekerja... mcm area rumah aku, de kaki pecah rumah, de yang dok jadi penageh, matrempit, pompuan pon same naik... aku penah lepak ngan dieorg...
borak2 sal ladang... then dieorg kate,
"wat pe nak susah... kalo xde hasil curi r buah sawit org, then jual"
so disitu aku da dapat tau mane dak2 felda nie slalunyer dapat duit poket... nak kate yang dok bandar nak balik pon susah... ni kan plak yang dok jauh..
aku bkn pe, aku serbe salah...

aida cy

saya! saya! *angkat2 tangan*
saya nak kerja kampung, pelihara kambing..kayo jgk oo...

Anonymous

UncleB : mak guwa sorang cikgu. dia malaih nak pi mengajaq kelaih tambahan. dia pernah habaq kat guwa lagu ni..

"Mak pom tak paham dgn guru besaq skola mak tuh. boleh la dia mintak nk buat kelaih tambahan kat budak2 ni. nanti semua budak2 jadi pandai, sapa nak jadi tukang sapu? sapa nak jadi cleaner?

guwa pon protes la..

"mak, kalu la mak pike macam tu, macam mak bagi chance kat anak2 mak supaya boleh jd cleaner etc... biar la depa semua jadi bijak pandai.. nanti bila semua bijak, mungkin depa akan cipta benda2 yg boleh ganti kerja tu.. cipta robot cleaner atau penyapu automatik. baru la produktiviti negara makin meningkat, wawasan 2020 tercapai dan sebagainya."

teguran guwa kat mak guwa sedikit kasaq, tapi niat utk mak guwa berfikir luar dari kotak pasai ni. biaq dia pikiaq betoi2 dan ubah niat mengajar dia tu...

sekadar perkongsian..

Post a Comment