CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

May 27, 2011

UncleB's Entry : Guwa, FYP dan Sekarang

Alhamdulillah...

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga guwa dan rakan-rakan DE habiskan kehidupan baca-baca di 26 Melayu. 6 bulan akan datang pula telah menanti guwa dan rakan-rakan DE untuk dibimbing menjadi seorang pemimpin bercirikan ‘leaders of character’ bak kata Dato’ Zulu.

Alhamdulillah....

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana final year project guwa telah siap sepenuhnya, telah dihantarkan kepada mama dan dia approve.. lega hati eden~~.. Selama 2 sem guwa pulun otak nak bagi benda alah tu ber’transform’ dari kertas helai-helai kepada buku separa kitab sebijik. Guwa buat 4 copy.. satu untuk fakulti, satu untuk library 26 melayu, satu untuk mama yang tolong selia guwa punya FYP dan satu guwa simpan. Guwa nak bikin pusaka, nak bagi anak cucu guwa tengok, sejakun-jakun guwa boleh jugak siapkan FYP ni, hehehe.. guwa bangga kembang hidung..

Alhamdulillah...

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana last paper guwa boleh jawab dengan tenang, tulus dan ikhlas.. setiap perkataan dan point-point penting yang guwa semadikan di atas kertas jawapan memang guwa yakin dapat memenuhi kriteria yang diperlukan untuk mendapatkan markah penuh.. Semoga Mejar Zulu dapat memberikan markah terbaik kepada guwa. Doakan kawan-kawan!!

Insya Allah...

Guwa dan rakan-rakan DE akan menerima segulung ijazah dalam 4 purnama lagi.. Selepas 4 tahun memerah otak di sini hanya kerana sekelumit ilmu Allah dan segulung kertas cetakan manusia bernama ijazah. Kepada bakal mertua diluar sana, sekarang lu orang boleh la usha line guwa dan rakan-rakan DE, hehehe~~


P/S : Baru tengok Nur Kasih The Movie II, tu berlagak alim tuh, hehehe~~


1 orang buat ketupat:

amirhailmi

weh.. cepatnya abih doh ngaji... molek2

Post a Comment