CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sep 23, 2010

UncleB's Entry : Aku, mereka dan permulaan...

"Kita buat blog nak"..

tiba-tiba jer Zoro bagi pandangan yang agak bernas tatkala kami berenam berguling-guling cari idea macam mana nak hilangkan tension dalam double-eleven nih..


"Ok gak tu, tapi kite nak story ape dalam blog tu?" pintas guwa.

"Kita cerita pasal Hitler, nak?"sambung gestapo yang sedang asyik maen PES dengan kayzpeeer.

"Kalau ko nak cerita sangat pasal Hitler, baik ko tukar batalion je Gestapo! minat sangat kat misai petak dia tuh!"marah zoro kat gestapo.

"Abes, ang nak cerita pasai apa? meh habaq kat aku. Kalu setakat nak cerita pasai nak jaga pipi bagi tembam, baek tak payah"gestapo membalas sambil merentap joystick yang dipegangnya selepas kalah tipis 4-0, lawan game PES dengan kayzpeeer.

Semua mula diam membisu tatkala gestapo menunjukkan reaksi sebegitu rupa, melainkan kayzpeeer yang tengah bersorak besar selepas menang main PES dengan gestapo, benci pulak guwa tengok.

"Cerita pasal diri kite sudah, buat ape nak cerita pasa orang laen?" Rambo yang tengah berbaring atas katil dan hanya bertuala  menyampuk dari jauh sambil jari jemari sedang asyik menekan IPOD touch miliknya.

Sekali lagi markas kami senyap seketika, semua menunjukkan reaksi berfikir kerana terkejut dengan cadangan yang diberikan oleh Rambo. 

...................................................................

"Ko rase ok x Mr.In?" tanya zoro kepada Mr.In yang terbungkus atas katil gestapo.

"..............................."

"tak payah la tanya mangkuk tu.. dia kalu dah bergayut, kucing berak atas pipi dia pon bleh buat bodo ja"gestapo pantas memberi respon dengan dialek utaranya.

"Wei, bab-bab pipi baek cover sikit, kang ade yang dapat cuti awal ari ni kang!"balas zoro

"Habes tu, dari semalam ang kutuk aku yahudi la, jew la, dajjal la, ada aku kisah?"

"Haa.. kan aku dah cakap, ni la cerita yang kita nak buat!!" guwa cuba bagi kata putus.

Markas kami kembali diam seketika. Dan, seraya dengan itu juga kami ketawa berdekah-dekah sampai tak ingat dunia.




"Ko tengok, ni baru sehari kite sembang kosong. dah ada modal nak tulis ape dalam blog. Cuba pikir kalau seminggu kita buat camnie, bodo2  tujuh entry kite dah buat. baru la blog kita sentiasa cergas!"Rambo mula menunjuk tanda minat tatkala bangun dan terus meluru ke arah kami dan memberi pandangan, guwa kaget seketika sambil berfikir.


"Ok, set! So, blog kite nanti nak letak nama ape?"

"Enam Pendekar Bersaudara!!"sampuk Zoro keanak-anakan

"Ceh, ang ingat kita nak buat cerita kartun ka.. Nama tak futuristik langsung!"

"Abes, ko nak letak nama ape?"

"2-11, senang.."

"Ye tak ye jugakkan.. Tapi, ubahlah sikit, jangan la nampak nombor sangat. Kang orang ingat ni entry nak tilik nombor ekor pulak, naya kita nak mencarinye."

"double-eleven, simple as pimple."Mr.In mencelah masuk dalam ruang sembang kami. dah puas bergayut, mungkin...

"Ok, set! So, bile kita nak start buat blog ni?" guwa mula tukar soalan baru..

Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki manusia menerjah ruang udara markas kami. Pintu terbuka, dan...

"Rambo, ang ada rokok tak? Meh sebatang." Abg. Oss yang tiba-tiba muncul dari bibir pintu itu menerpa kami semua dengan soalan yang sentiasa didengar tatkala stok dunhillnya dah abes ditelan oleh geng-geng duty ari tu ataupun dia saje nak mengepau rokok rambo.

Rambo diam, sambil bangun dan membetulkan tualanya yang hampir terlondeh.

"Botak rambo kalu ari-ari macam ni"getus hati kecil guwa. Zoro mencari-cari dash-board milik kompeninya, menunjukkan dia dan gestapo kena gi check kekuatan anak buah mereka pada malam tu. Mr.In menyambung kerja die bergayut dengan bininya dan aku pula meneruskan tugas gestapo dengan mengambil joysticknya tadi dengan niat untuk menebus kekalahan gestapo tadi. Kayzpeeer menyahut cabaran aku..

Perlawanan bermula.

"JEBAT!!! KASTURI!!! LIGHT OFF!!"

Damn...

-to be continue-

P/S : My 1st entry, cam sial. hahaha!!!



2 orang buat ketupat:

aida cy

hamoih~panjangnye..tak larat nak baca 1st entri ;p

Double-Eleven

@aida cy : hahaha, xtau lg cara nk tulih entry. sila beri tunjuk ajaq..

Post a Comment