CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Oct 29, 2010

UncleB's Entry : Aku, Mess dan Segalanya

“Mess, quite please!!”

Keheningan pagi guwa telah di’mukaddimah’kan oleh teriakan arahan dari PMC Mess Kadet 26 Melayu. Time tu guwa tengah lepak dalam mess(dewan makan versi tentera), melayan sepinggan nasi goreng sosej beserta air kopi separa pahit yang memang cukup feel kalau dihirup slow-slow.

“Aku bagi masa lima minit je lagi. Aku masuk mess sekali lagi, semua dah takde, faham!!”

“Faham tuan!!” Serentak ahli mess termasuk guwa menyahut persoalan PMC.

“Mess, you may carry on now..” habis berbicara, beliau keluar dari mess dengan gaya jalan yang agak maskulin. Cukup hebat.. Dengki jugak la guwa seposen tengok PMC punya style sebab beliau ada kuasa nak buat macam tu.. kalau la guwa tiru lagak beliau, alamat macam clown tak cukup sifat pulak orang akan pandang guwa. Adei...


Apa salah guwa brader?



Ok, for your info, PMC tu stand for President of Mess Commitee. Alaa.. macam ketua dewan makan la bak kata budak-budak sekolah asrama. Yang jadi bezanya PMC Mess dengan YDP dewan makan biasa adalah depa punya authority yang sangat berbeza dan ketara. Kalau setakat YDP dewan makan, kerja dia cuma make sure makanan cukup, makanan selamat dimakan untuk student dan memastikan keadaan dewan makan sentiasa bersih dan ceria demi kepuasan bersama. Berbeza sangat la dengan PMC ni, beliau punya power, fuhh!! Tak terbayang dek akal woo.. Semua tugas-tugas yang YDP dewan makan asrama biasa kena buat adalah bukan bidang tugas beliau, tapi tu semua adalah kerja balaci-balaci mess merangkap bluddy junior 26 Melayu. So, antara kerja PMC adalah memastikan balaci-balacinya ni menjalankan tugasnya..


pandangan atas 1
pandangan atas 2




Ala UncleB, kalau macam tu je keje PMC, baik tak payah story kat kita orang...


Aih, guwa tak abes sembang lagi ang pa dah nak menyampuk, tunggu la sat.. Patient is a value for the virtue. Guwa akan story slow-slow supaya kita semua boleh feel sama-sama..


Ok, tu baru sub pada bidang kuasa beliau.. by the way, kalu ang pa semua nak taw, PMC mess ni power gile beliau punya authority sampai tahap semua VVIP yang mai makan kat mess ni kena makan sebelah beliau sebab PMC la owner mess tu. Tak kisah la Siti Nurhaliza ke, Dato M. Daud Kilau ke, Barrack Obama ke, ataupun YDP Agung kita sendiri.. Free-free ja PMC boleh makan satu meja dengan selebriti, pergh...






High table ni lah tempat dimana otai-otai 26 Melayu menjamu selera. DO, CO-CO battalion, Brigade Admiral and his vice, orang-orang kenamaan, depa semua akan makan kat sini atas dasar nak jaga standard rank depa semua. Kedudukan kerusi disusun mengikut hieraki status otai masing-masing. Guwa pon tak berapa pasti la macam mana depa susun kedudukan ni. But for sure, PMC mess memang depa port kat tengah-tengah tu.


Dulu, mess kami ni tak la cantik sangat.. tapi lepas tampuk pemerintahan 26 Melayu ni bertukar, alih-alih banyak pulak facilities laen yang ditambah seiring dengan demand dari senior-senior kadet nih.. Depa cakap nak jadikan mess 26 Melayu punya style sama dengan mess unit yang sebenar.. so, dari sebuah mess yang dulu hanyalah tempat untuk kadet-kadet melantak doplopatjam, kini menjadi sebuah area yang memang havoc dan selalu dikunjungi semua penghuni 26 melayu tak kira la kadet, paladet, civillian ataupun nyah2 pondan dari KL yang dahagakan kasih sayang sorang kadet. Ok, itu guwa tipu..






Haa.. kat atas ni adalah ruang bacaan kat mess 26 melayu.. sikit punya update depa punya paper.. ang pa nak baca paper apa, cakap! Utusan Malaysia, Berita Harian, Metro, Kosmo.. semua ada!! Er.. Sinar harian dengan harakah guwa tolak tepi. No politic-politic dalam military, hehehe.. Kat sini jugak bukan sahaja tempat untuk nak update ang pa punya kepala otak dengan current issue je, kat sini jugak ang pa boleh lepak-lepak sembang, nak bergayut bersama insan tersayang, nak bantai membuta pon boleh.. Bila ada sofa yang kosong, jalan...(just for senior 2 ranting and above only). By the way, baru bulan lepas kot depa tambah facility mess dengan letak lcd tv + channel astro kat ruang bacaan ni. Memang pasni memang geng-geng kaki bola akan lepak kat sini la sebab hampir semua channel astro depa amik. Sportchannel, ESPN, CNN.. semua ada lah! Silap-silap channel porno siam pon depa bantai letak dalam list channel gak, sapa tau. ahaks!!


board batalion

batalion guwa, yeah!!



Kat ruang ni jugak depa letak board pasal akademik, ketenteraan dan pencapaian keempat-empat batalion. Guwa pon baru perasan pagi tadi, tu pon sebab member guwa yang habaq kat guwa. kalau dia tak habaq, alamat sampai comission pon guwa tak sedar pasal board tuh..


Ok, Tu baru Prologue dalam misi ‘Jelajah Keunikan Mess’ kita.. Next, let me show ya’ll the passion of cadets while they are in MESS, lets rock on!!!








Dilengkapi dengan 2 buah meja snooker, 1 meja billiard, 1 meja pool dan 2 bijik soccer table.. Mampu untuk membuat kadet-kadet 26 Melayu mampu untuk stay up dan berdiri dari 9 malam hinggalah ke azan subuh esoknya kecuali bagi mereka yang bukan islam atau pun mereka yang uzur syari’e, mereka mampu berdiri sampai la mampos pengsan. Jangan la ang pa semua terkejut kalau-kalau lepas ni 26 Melayu akan melahirkan bukan seorang malahan ribuan Ronnie O’sullivan, nescaya 26 Melayu akan jadi kompleks sukan Malaysia yang bakal melahirkan atlit-atlit yang elite, dan bukan lagi tempat untuk melahirkan graduan yang mempunyai ciri-ciri Leaders Of Character, Hahahahaha!! Ok uncleB, Next!!!







Kalau dulu kadet-kadet kat 26 Melayu selalu je test suara kat dalam jamban toilet. Dari pemerhatian, seramai 6 dari sepuluh orang kadet akan menghabiskan masa terluangnya dalam toilet semata-mata nak test pitching suara masing-masing. Silap-silap, group nasyid 26 Melayu sendiri pon bantai training kat dalam jamban sebab dulu depa takdak tempat yang sesuai nak training. Tapi kini tidak lagi. Setelah pihak atasan dapat mengenalpasti masalah ini menjadi semakin serius, mereka mengambil inisiatif untuk mengubahsuai sebuah bilik yang dulunya hanya menjadi singgahan encik2 cicak dan lipas untuk berpicnic sesama mereka menjadi sebuah bilik yang dilengkapi set karaoke yang mempunyai kebolehan simpanan lebih beratus ribu buah lagu yang berbilang genre dan bahasa. Ang pa mau rock? Ada. Ang pa mau nasyid? Of course ada. Ang pa nak tarik lagu indie? Adala sekerat dua.. Capai Gemilang? Er.. sorry la, xdak stok. Tapi kalau nak lagu duet? Semestinya ada! Nah, lagu apa yang ang pa selalu melalak dalam toilet kini terkandung dalam set karaoke kat dalam mess. Siap ada dancing floor lagi dengan lampu-lampu disko segala bagai depa dah siap pasang, ang pa nak cucuk bintang sampai pagi esok pon takdak orang yang marah. Yeah, I love my Mess...(^_^)


Lam, member duet guwa!



UncleB, dari tadi story pasal facilities mess je. Macam mana dengan makanan yang diorang serve  pulak?


Ouh.. yang tu malas la pulak guwa nak story.. Tapi untuk memuaskan kehendak ang pa semua, guwa just state gambaq2 je lah untuk tatapan semua..


ini

ini

ini

dan ini..


sate tuan guru pon ada!!


Hahaha!! Gila la kalau depa serve macam ni kat mess, boleh naek BMI semua kadet 26 Melayu. Kesian pulak kat PTI(physical Training Instructor) kena keja lebih masa sebab nak buat kursus pengawalan berat badan kat depa semua, hahaha!!


Actually, guwa tak berapa ingat sangat menu2 yang depa serve kat kami. Tapi yang pasti every weekdays waktu lunch, main dish depa adalah lauk ayam. Malam pulak depa bagi kadet-kadet ni melantak lauk ikan tongkoi+daging kiub. Kalu weekend, depa tak serve pulak lauk ayam, just rotate lauk ikan dengan daging kiub tu je la.. Sarapan pulak depa just hidang nasi+mee+meehon+Keuw Tiaw goreng, sosej, burger... erm tu jer la kot.. tak dak la special sangat, tapi cukup la nak alas perut kadet time waktu pagi.


Benda tu semua guwa tak kisah sangat. Tapi yang paling guwa concern adalah waktu pagi dengan malam, cook house kena serve kopi O panas kat guwa, pergh.. tangkap leleh bai kalau hirup slow-slow sambil tengok geng-geng balaci 2010 tengah beratur panjang nak tunggu turn amek meal depa. Lagi la feel bila kita boleh curik-curik pandang cik-cik awek 2010 yang masih belum tercabul sifat-sifat femininnya buat jalan ala cat walk depan senior-senior yang laen, jual saham bai.. Apa- pon, layannn...


Overall, institusi mess ni sememangnya penting dalam organisasi tentera. Even berada di medan perang, markas akan sediakan mess sementara kerana peranannya sebagai tempat untuk depa release tension, tempat berkongsi maklumat, tempat depa berhibur dan for sure, tempat untuk depa semua melantak. Bak kata kesatria dahulu kala, “ the soldiers will walk on their own stomach So, take care of your mess like you take care of your wife, HOORAH!!



P/S : Ouh, guwa lupa nak state. Dulu kat tempat snooker ade gak game dart. Tapi sebab ramai sangat yang komplen sebab jarum dart tu selalu landing kat tempat yang tak sepatutnya(zorro pernah kena). So, game tu dah vanish. Orang cerita la, guwa pom xtau..:P


cokmar mess


6 orang buat ketupat:

aida cy

best gile dewan makan..pergh!

aida cy

pergh! baca balik lagi dengki da..karok lagi..boleh campur laki pompuan tak mess ni? saya berminat nak join :P

Double-Eleven

aida cy : mmg utk semua.. xkisah la laki ke pompuan, seme bole masuk.. asal nama pegawai kadet, jalann..

Unknown

hehehhehe
upnm :)
da pernah pergiii
pergi pavi kat pdg besar tuh :)
kolam
hehhe

Double-Eleven

@cik shara : bile datang? guwa tak perasan la..
btw, thanx sbb sudi menjengah blog piawai nih..

Unknown

hehe
adelah, tapi penah dtg :)
hehe
lpak kat sne lame jugak
tyme korang takleyh nk outing
shara dtg sne jumpe membe

Post a Comment