CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jul 19, 2011

UncleB's Post : Aku, Bedah dan Bedah


Seperti yang ang pa semua sedia maklum, guwa mengalami masalah kesihatan yang sangat serius terutama -pada bahagian lutut, sport injury punya pasal(-_-“). untuk pengetahuan semua readers, dua-dua lutut guwa dah complete ‘dirogol’ oleh doktor dengan menggunakan pisau bedah depa..\ Kira guwa ni memang expert la dalam bab bedah membedah ni. Sampai hampir semua ahli-ahli 26 Melayu yang nak operate mintak khidmat kaunseling dengan guwa pasal benda-benda alah ni.. Kadang-kadang rasa diri ni macam Dr. Fadhilah Razak pulak.. Ops,Dr. Fadzilah Kamsah.. Sorry, typo.. :P



Macam-macam la soalan yang telah dilemparkan oleh mereka semua kepada guwa. Soalan pulak bukannye jenis soalan true or false, bukan jugak soalan aneka pilihan, tapi ni memang KBKK punya soalan..  Letih gak la otak guwa yang tahap degree ni nak jawab. Antara soalannya adalah seperti berikut :-

“Kalu ikut Standard, berapa lama boleh sembuh?”

“Orang cakap bedah ni tak elok? Apa pandangan Dr. UncleB?”

“Lu ni uncleB dah dua-dua lutut kena bedah, tak rase macam nak jadi robocop ke?”

“Duit insurans lu bila nak bulih?”


Dan bermacam-macam lagi la soalan yang tahap keharam jadahannya cukup buat lutut yang sakit ni bertambah sakit...



Alhamdulillah, jawapan yang guwa balas kat depa, depa boleh terima dengan hati yang terbuka..


Hajat guwa post entry ni Cuma nak cakap kepada readers dan ahli-ahli 26 Melayu sekalian yang dalam profesion tentera ni, biarlah kita injured akibat pertempuran. Elakkan injured disebabkan sukan kerana hal yang demikian akan mengakibatkan masa depan kita dalam profesion tentera makin terganggu.. Nak follow kursus susah, nak naik pangkat susah, nak naik gaji pon susah. Semua la susah nak naik kecuali satu benda, berat badan. Kalu dah sakit-sakit, berat badan memang senang nak naik, benda ni dah jadi dah kat guwa..

Guwa bukan la anti-sportman, tapi kalu ang pa nak main sukan tu, maen la dengan berpada-pada. bak kata orang lama, ‘kerja jangan main-main, main pon jangan main-main’..

Cium pon jangan main-main. (gambar nak bagi gempak)


p/s : guwa dengan Mr. S dah jadi mangsa, harap ang pa semua beware k.. best of luck~~

0 orang buat ketupat:

Post a Comment